CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi Cantik, Azira Shafinaz Kental Makan Sekali Sehari - “Jadi Keseluruhannya Saya Berpuasa Selama 16 Jam"

19-11-2024 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39849| Komen: 56

 


Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz berkongsikan dia mengamalkan intermittent fasting atau IF serta diet one meal a day (OMAD) untuk menjaga bentuk dan berat badannya.

Memetik mStar Online, Azira berkata dia melakukan IF selama 16 jam sehari dan hanya mengambil satu jenis makanan selepas ‘berbuka’ puasa.

Kongsi Azira lagi, dia akan berhenti mengambil makanan pada jam 10 malam sehingga 2 petang keesokan harinya.

“Jadi keseluruhannya saya berpuasa selama 16 jam dan tidak mengambil sebarang makanan,” katanya. 

Sementara itu, Azira berkata bukan mudah untuk mengamalkan IF dan OMAD apatah lagi dia suka mencuba pelbagai makanan dan ada masanya dia hanya makan sekali sahaja sehari. 

“Saya masih makan seperti biasa, cuma sekarang saya lakukan IF. Kadang-kadang sehari saya makan sekali sahaja.

“Susah sangat nak buat sebab saya ni suka makan, tapi saya taklah sampai tahap nak kena potong apa-apa jenis makanan atau tak ambil gula,” katanya.


Dalam pada itu, Azira berkata dia berpuas hati dengan fizikalnya kini dan tidak mahu dilihat terlalu kurus sehingga nampak cengkung.

SUMBER: mStar Online, HibGlam, Rotikaya

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mayakaren 19-11-2024 02:22 PM
Nak kurus..kurangkan makan..tu je senang! Takyah nak ambik supplements pelik2. IF is proven. Sama je konsep mcm puasa di bulan Ramadhan.
Quote manehnya 19-11-2024 03:22 PM
klau berniat dpt pahala berpuasa sunat.. hehe


ikut mung lah
Quote ayukpingu 19-11-2024 03:23 PM
ok. aku caya IF diet membantu sangat.
cuma jangan pulak la artis2 ni ambik kesempatan time ni nak keluarkan supplement kurus bagai...jgn ambik kesempatan di atas kekurusan diri ok? ok bye
Quote strawberrymerah 19-11-2024 05:06 PM
betul.. aku stuju dgn IF.. buat je IF malam.. masuk tido awal.. kul 8.30 malam ke.. pastu lunch lambat.. kul 1 ke.. xde rasa sgt nk makan tu.. sbb most of the time kita tidoo.. xdpt lesen makan atau wajib makan..  kat situ je dh puasa 17jam..  mmg la antara diet yg terbaik diet suku2 separuh. tp berapa ramai yg fail diet tu.. kurangkan nasi lebihkan protein. tp melantak ayam smpi 2-3 ketul.. sbb protein kan,,, kurang karbohidrat.   tambah kalau makanan tu sedap.. cuit sini sikit. cuit sana sikit.  suruh makan 6x pulak tu..  walaupun amek buah atau kacang2 je, tp tu sume kalori n gula.. makan kacang pulak selalu fail makan segenggam. kenkadang terlebih la pulak.. mmg susah la nk turun berat badan.. atau slow.. utk org gemuk mmg laju turun.. tp sampai satu tahap mmg stuck..  teori suku2 separuh tu dh bagus. implementation tu yg senget sikit.. sbb dpt lesen to eat 6x sehari. Tp lesen tu soh makan sikit je.. tp dlm masa 6x tu, mesti ada time yg terbabas jd suku separuh separuh..
Quote lilacomot 19-11-2024 05:14 PM
ok la kurus muka x cengkung
Quote mizruncing 19-11-2024 05:16 PM
IF tu mmg btol.. pernah buat alhamdulilah turun. tp nak kena istiqomah tu susah sikit
Quote Kurex 19-11-2024 05:16 PM
iola kalau kurus muka jadi cengkung. jadi iols berisikan badan iols
Quote noor2 19-11-2024 05:25 PM
Yela Azira...
Quote heythere123 19-11-2024 06:23 PM
Azira ni bagus, bila orang tegur pasal paha sheols besar, dia gi exercise kecikkan paha. Bukannya pergi merentan bila orang tegur
Quote PinkyPie 19-11-2024 06:43 PM
Dia ni bila sebelah sophialiana nampak tembam. Padahal sheols ok je irl,  si Sophia tu yg kurus benau.
Quote Nt-ViruS 19-11-2024 06:44 PM
PinkyPie replied at 19-11-2024 06:43 PM
Dia ni bila sebelah sophialiana nampak tembam. Padahal sheols ok je irl,  si Sophia tu yg kurus bena ...

as a man I suka peha besar.

Quote TerataiMelur02 19-11-2024 06:50 PM
Ada orang dia kurus muka pun ikut cengkung.
Ada orang kurus pipi tetap penuh..

Orang yang kedua ni la paling untung sebenarnya..tak nampak tua
Quote jemahjacjon 19-11-2024 07:02 PM
Dia kalau berlakon ok nmpk normal. Tp kalau gmbr pegun ni nmpk sgt vibe minah rempit. Adakah faktor baju kecik?
Quote penmerah 19-11-2024 07:34 PM
She manis sbb dimple
IF? Ahhhh tak kose dah
Buat IF berbulan, puasa... lemak ttp degil
Makan ke tak mkn ke tak turun pun. Makanya akak memilih utk makan sahaja at any time
Quote _kelly 19-11-2024 07:36 PM
dah lama buat if dan omad serentak..bukan sebab nak diet sangat tapi taknak badan naik..masa eating window tu aku hentam je makan apa tak kira kalori pon
Quote khushnuma123 19-11-2024 07:57 PM
nice
Quote cantthinkofany 19-11-2024 07:58 PM
ni mmg soalan nak tau.....impak IF ni lain eh ngan puasa kita yg biasa tu?
Quote Chah21 19-11-2024 08:03 PM
strawberrymerah: betul.. aku stuju dgn IF.. bua ...

I pulak terbalik.. berjaya sukusuku separuh..IF gagal..sbb ada anak kecik kot.. kul 8-10-12 mlm still breastfeed.. nk xnk between tu kna mkn snek jugak.. then tdur lmbt ikot peel yg kecik.. klu ikot hati kul 10 dh nk lena.. so bila IF i sempat mkn 2x je..dlm 900 kalori..then x cukup bmr i.. bole jd extreme effect kesihatan
Quote Chah21 19-11-2024 08:04 PM
cantthinkofany replied at 19-11-2024 07:58 PM
ni mmg soalan nak tau.....impak IF ni lain eh ngan puasa kita yg biasa tu?

Puasa kita lgsung x boleh mkn minum masa puasa.. klu IF air kosong kopi kosong tea kosong boleh lg

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056381 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top