CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TCS menang kontrak RM611.30 juta bina Lebuh Raya Pan Borneo Sabah

19-11-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28890| Komen: 1

 



KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh TCS Group Holdings Bhd, TCS Construction Sdn Bhd (TCSC) meraih kontrak bernilai RM611.30 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1B.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, projek berkenaan melibatkan pembinaan lebuh raya baharu dan kerja-kerja menaik taraf jalan raya, membabitkan laluan sepanjang 18.2 kilometer antara Telupid dan Kampung Lumou Baru, yang akan dinaik taraf menjadi dua laluan, termasuk empat jambatan baharu.

"Tempoh kontrak adalah selama 42 bulan, yang akan bermula pada 20 Disember 2024 dan dijadualkan siap pada 19 Jun 2028," katanya.

Pengarah Urusan TCS, Datuk Tee Chai Seng, berkata kontrak itu meningkatkan nilai perolehan kontrak kumpulan itu dan memberikan kejelasan pendapatan yang lebih baik untuk tahun-tahun akan datang.


"Kami yakin dengan masa depan industri pembinaan berikutan lebih banyak projek sektor kerajaan dan swasta dilaksanakan," katanya.


Sumber-BERNAMA
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 19-11-2024 11:06 PM
cantik la gambar kat atas tu

nampak macam rumah mainan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.289797 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top