CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5,000 mangsa banjir di Kemaman dipindahkan

19-11-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29298| Komen: 0

 


CHUKAI: Kira-kira 5,000 mangsa banjir daripada 450 keluarga di tiga perkampungan di Kemaman dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata kesemua mangsa dari Taman Perumahan Rakyat Teluk Kalong, Meraga Beris Kijal dan Kampung Labohan Kerteh mula berpindah sejak 3 petang tadi.

Menurutnya, kira-kira 400 keluarga di Taman Perumahan Rakyat dipindahkan ke PPS Darul Iman Traning Centre (DITC) Teluk Kalong, manakala mangsa banjir di dua lagi kampung dipindahkan di PPS berhampiran.

"Kita puas hati mendapat kerjasama yang baik daripada kesemua mangsa banjir termasuk agensi penyelamat daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berusaha keras memindahkan kesemua mangsa dalam tempoh yang singkat.

"Kita juga mengambil tindakan pantas memotong bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan penduduk serta memudahkan pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir," katanya.


Hanyan berkata, hujan lebat yang berterusan sehingga 14 jam sejak malam tadi menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan luruan monsun membawa hujan lebat dijangka berterusan.

"Jadi kita minta kepada semua penduduk di kawasan berisiko dengan banjir supaya bersiap sedia dan segera berpindah sebaik diarah pihak berkuasa," katanya

Sementara itu, Hanyan berkata pasukan penyelamat juga turut bersiap sedia menghadapi kemungkinan air pasang yang dijangka bermula kira-kira jam 2 pagi nanti.

"Jangkaan air pasang besar itu setinggi kira-kira 3.6 meter dan agensi penyelamat akan memantau di kawasan sering dinaiki air itu.

"Bagaimanapun kita jangkakan keadaan masih terkawal di peringkat awal dan mungkin tidak akan berlaku pemindahan namun kita akan pantau kawasan terbabit," katanya



Sumber- Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061259 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top