CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Untung bersih Hibiscus Petroleum jatuh ketara kepada RM75.6 juta

19-11-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19904| Komen: 0

 


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd bagi suku pertama berakhir 30 September 2024, susut kepada RM75.60 juta daripada RM154.30 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.

Hasil turut merosot kepada RM477.40 juta berbanding RM746.62 juta pada suku perbandingan, manakala pendapatan sesaham jatuh kepada 9.54 sen daripada 19.17 sen, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat minyak dan gas itu mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak dua sen sesaham, yang akan dibayar menjelang 22 Januari 2025, berdasarkan tarikh kelayakan dividen yang ditetapkan pada 27 Disember 2024.

Sejumlah 1.67 juta tong setara minyak (boe) telah dijual pada suku semasa merangkumi 1.02 juta tong minyak mentah serta 3,909 juta kaki padu standard (MMscf) gas.

"Pada 14 Oktober 2024, kumpulan telah menyempurnakan pengambilalihan TotalEnergies EP Brunei, melalui cawangannya di Brunei, memegang kepentingan dan pengendalian di lapangan Blok B Maharajalela Jamalulam yang terletak di Brunei.


"Projek yang sedang dilaksanakan (South Furious) 30 Waterflood dan Teal West) kekal di landasan untuk memberi impak kepada volum pengeluaran menjelang akhir tahun 2025," tambahnya lagi.

Hibiscus Petroleum ketika mengulas mengenai prospek berkata, ia sedang melabur bersama Petronas Carigali Sdn Bhd dalam beberapa peluang berkaitan penerokaan yang terletak di sekitar infrastruktur yang kini dikendalikan oleh kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan kumpulan untuk operasinya di Malaysia.

"Secara keseluruhan, kumpulan berada pada kedudukan terbaik bagi membina rekod prestasi operasinya yang cemerlang, yang telah dibangunkan di Malaysia dan United Kingdom, kami juga kekal fokus untuk memberikan prestasi optimum dalam persekitaran harga minyak yang kukuh," katanya. -BERNAMA


Sumber- Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.032760 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top