KUALA LUMPUR: Dasar ekonomi Donald Trump yang akan datang dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan bahawa ia boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berpendapat hala tuju dan matlamat Trump adalah jelas. "Satu dasar utama yang dijangka digubal oleh Trump ialah pelanjutan dan kenaikan tarif ke atas barangan China," katanya dalam satu kenyataan seemalam. Kashif berkata, ini akan menyebabkan firma China dan antarabangsa melangkah lebih jauh daripada yang mereka lakukan sejak lapan tahun lalu untuk mengalihkan pembuatan keluar dari China ke Asia Tenggara. Beliau berkata, dasar ini sahaja boleh menyumbang satu mata peratusan tambahan kepada KDNK Malaysia dalam tempoh empat tahun.
"Peningkatan mata peratusan tunggal dalam KDNK diterjemahkan kepada peningkatan RM19.7 bilion dalam saiz ekonomi. "Untuk menjadikan jumlah itu lebih ketara, pertimbangkan bahawa ia bersamaan dengan kira-kira 40 peratus daripada kos Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)," katanya. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan KDNK Malaysia pada 2024 ialah AS$440 bilion, di mana satu peratus daripada jumlah itu ialah AS$4.4 bilion, bersamaan RM19.7 bilion pada kadar pertukaran semasa. Kashif menekankan bahawa pada 2021, iaitu tahun terakhir pentadbiran pertama Trump, eksport Malaysia ke AS mencecah AS$56.2 bilion, peningkatan 27.3 peratus daripada tahun sebelumnya. Menjelang tahun itu, Malaysia mengeksport AS$41 bilion lebih banyak ke AS daripada membeli dari negara itu, satu pertiga lebih daripada tahun sebelumnya. "Sepanjang tahun-tahun pentadbiran pertama Trump, ekonomi Malaysia berkembang setiap tahun sebanyak 5.8 peratus pada 2017, 4.8 peratus pada 2018, dan 4.5 peratus pada 2019, sebelum menguncup pada 2020 kerana wabak," katanya. Tarif Trump ke atas barangan China juga mendorong pelaburan berbilion ringgit ke Malaysia dan menjadikannya pemain utama dalam strategi 'China Plus One', di mana syarikat memindahkan pembuatan ke luar China untuk mengelakkan tarif AS yang tinggi ke atas barangan China. Pelaburan itu terus berkembang pada tahun-tahun Presiden Joe Biden, dan menjelang 2023, pelaburan langsung asing China dan Hong Kong berjumlah AS$3.4 bilion setiap tahun, tiga kali ganda paras 10 tahun sebelumnya. Kashif bagaimanapun memberi amaran bahawa terdapat risiko dan peningkatan inflasi di AS boleh mendorong kadar faedah lebih tinggi. "Itu boleh menarik modal dari Malaysia dengan jangkaan ia akan memperoleh pulangan yang lebih tinggi di AS. "Ia juga boleh memacu dolar AS, meningkatkan kos dan mengurangkan daya saing eksport bagi pengeluar Malaysia yang bergantung kepada peralatan import," tambahnya. Sumber - Berita Harian |
ultra78 replied at 19-11-2024 11:58 PM
Sebab tu Malaysia elok senyap-senyap aje. Tunggu dan lihat dasar Trump nanti. Yang tak senang duduk ...
manopBKK replied at 20-11-2024 12:03 AM
Ye ke..
Kah kah kah
ADVERTISEMENT