CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Pertama Persekolahan, Sk Kubang Kerian 3 Bawa Star Wars

4-1-2016 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7387| Komen: 37


Foto Bernama


Sesi persekolahan tahun 2016 sudah pun bermula semalam diseluruh sekolah yang terletak dipantai timur Malaysia. Ibubapa mula sibuk dengan persiapan persekolahan anak-anak dan sudah pastinya guru-guru serta pihak sekolah akan lebih sibuk dengan jadual baru.

Memetik dari laporan Bernama, apa yang menarik perhatian adalah mengenai Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3 yang menampilkan kelainan apabila membawa dua watak dalam filem bersiri Star Wars pada hari pertama persekolahan dibuka.

Dua watak berkenaan, Darth Vader yang berpakaian hitam dan Stormtroopers, berpakaian putih, nyata menarik perhatian 1,360 murid, terutama 252 murid Tahun Satu yang mula melaporkan diri ke sekolah hari itu.

Guru Besar SK Kubang Kerian 3 Seri Dewi Mohd Ibrahim berkata idea untuk membawa dua watak Star Wars itu timbul ketika pihak sekolah mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini.

"Ketika itu, hotel berkenaan mengadakan satu majlis meraikan pelanggan mereka dan membawa pelbagai watak animasi ke hotel berkenaan.

"Pengurusan sekolah mendapati idea berkenaan sangat baik dan kami memutuskan membawa dua watak Star Wars pada hari pertama persekolahan kerana ia mempunyai nilai pembelajaran berteraskan sains pada abad ke-21,"
katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, sekolah berprestasi tinggi berkenaan menerima kunjungan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah.


 


Sumber - Bernama             
18

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
5

Sedih
15

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 4-1-2016 08:21 AM
ni ke sekolah yg banjir?
Quote gaara_X 4-1-2016 08:47 AM
air pun tak jejak sekolah nie......
Quote jengkoil 4-1-2016 08:49 AM
Kubang kerian x kena banjir...

budok budok kelate x de panggung wayang tau ke darth vader, storm trooper ,x wing jet , light sabre bagai ni...
Quote jengkoil 4-1-2016 08:50 AM
Cikgu mana la yg jadi mangsa tu...
Quote sofiazara 4-1-2016 08:54 AM
jengkoil replied at 4-1-2016 12:49 AM
Kubang kerian x kena banjir...

budok budok kelate x de panggung wayang tau ke darth vader, storm  ...

dlm canel kartun astro ada
disney XD
tapi version kartun le
my nephews n niece pun hafal dah nama watak walaupun x pernah tgk starwars filem
Quote qronaldo7 4-1-2016 09:05 AM
haha.. blik kang anak minta beg star wars
Quote jengkoil 4-1-2016 09:11 AM
sofiazara replied at 4-1-2016 08:54 AM
dlm canel kartun astro ada
disney XD
tapi version kartun le

Dlm katun tu aku ingat nama watak ezra je..

dlm mubi force awaken..si Rey tu anak sapo la agaknye...
Quote bluehedgehog 4-1-2016 09:12 AM
nanti akidah terpesong bru tau
Quote sofiazara 4-1-2016 09:26 AM
jengkoil replied at 4-1-2016 01:11 AM
Dlm katun tu aku ingat nama watak ezra je..

dlm mubi force awaken..si Rey tu anak sapo la agakn ...

iols haram x minat...x tau lgsg
Quote kecimpret 4-1-2016 09:34 AM
budak2 ni didedahkan dgn agama jedism
Quote matamata 4-1-2016 09:36 AM
Darth vader kecek kelate
Quote pehbedah 4-1-2016 09:41 AM
jangan risau idahnya budak2 sekolah ni terpesong akidah bagai...guru beso sekolah ni seorang yg sangat hebat dimata aku...ilmu agama dia cukup..anak beranak sempurna didikan...banyak kejayaan sekolah ni..dia sendiri banyak terima anugerah kecemerlangan dalam pendidikan..tiap tahun ada saja dia dapat anugerah...kenal rapatttt sangattt..
Quote jengkoil 4-1-2016 10:45 AM
matamata replied at 4-1-2016 09:36 AM
Darth vader kecek kelate

"Luke....ambo ayoh demo"

"Mari join set dark force"
Quote ketekodok 4-1-2016 10:48 AM
harap2 nanti takde yang viral kununnya star wars ni ada kaitan menghina islam ka apa ka....apa pun menarik idea ni.....menceriakan anak2 yang masuk sekolah
Quote hafiz18 4-1-2016 11:00 AM
Nanti kena cop jediisme
Quote AHMADVW 4-1-2016 11:02 AM
star wars make budu,nate beruk
Quote kecimpret 4-1-2016 11:13 AM
ostad yg meroyan psl star wars tu xde komen pape ke?..mau dikatanya budak sekolah ni bakal murtad ke agama jedism
Quote akumod77 4-1-2016 11:18 AM
jengkoil replied at 4-1-2016 10:45 AM
"Luke....ambo ayoh demo"

"Mari join set dark force"

pembetulan dlm loghat yg lebih tepat .....

"Luke....aku ayoh mung"

"Maghi ikuk sek kuaso gelak"

tambah lg ......

"biya kuaso (the force) sekali nga mung"

Quote jengkoil 4-1-2016 11:30 AM
akumod77 replied at 4-1-2016 11:18 AM
pembetulan dlm loghat yg lebih tepat .....

"Luke....aku ayoh mung"

Kemah boh...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.165659 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top