Dipuji kelihatan lebih cantik ketika tidak berhijab, pelakon Nur Fazura tetap menolak permintaan segelintir peminat yang ingin melihatnya kembali dengan gaya penampilan terdahulu. Tidak melenting, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, sebaliknya meminta peminat mendoakan dirinya terus istiqamah bertudung dan menutup aurat. “Disebabkan penampilan dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta untuk buka tudung semula. “Tidak mungkin akan terjadi. Mudah-mudahan doakan semoga dijauhkan daripada itu. Masa itu sudah berlalu,” katanya membalas komen peminat yang menyukai penampilannya dalam filem terbitan 2014 tersebut. Pada masa sama, Fazura turut mengakui karya arahan Bernard Chauly itu merupakan filem kegemarannya. Selain Fazura, filem Manisnya Cinta Di Cappadocia turut dibintangi Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Datin Lisa Surihani dan Fauziah Ahmad Daud.
Difahamkan filem tersebut pertama kali mempertemukan Fazura dengan aktor Fattah Amin. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
chandrahusin replied at 21-11-2024 05:26 AM
Yg pakai tudung disuruh bkk tudung
Pdhal hari2 komen kat page org tak bertudung
Disuruh bertudung
zehra2 replied at 21-11-2024 05:47 AM
Alhamdulillah
semoga kaka Faz terus istiqomah.. manis je sekarang bertudung.
yg penting kaka Faz kek ...
MatDeghem replied at 21-11-2024 07:23 AM
A cakap bukak tudung. B cakap kenape tak pakai tudung.
C nerakan orang tak bertudung
D kutuk oran ...
ADVERTISEMENT