CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tiada persefahaman punca AR Rahman, isteri bercerai

20-11-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29097| Komen: 7

 


MAESTRO muzik popular India yang juga pemenang Oscar, AR Rahman secara rasmi bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun hidup bersama.

Berita sedih itu dikongsikan peguam Saira, Vandana Shah yang menyatakan tekanan emosi, ketegangan dan kesukaran mencari titik persefahaman sebagai punca rumah tangga pasangan itu tidak mampu dipertahankan lagi.

Katanya, Saira mengambil keputusan itu dengan penuh ‘kesakitan dan keperitan’ selain memerlukan ruang sendiri tanpa sebarang gangguan untuk mengharungi tempoh sukar ini.

“Berikan mereka ruang untuk menempuhi detik sukar ini. Keputusan perpisahan ini bukan satu perkara mudah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu Rahman, 57, menerusi aplikasi X mengakui bukan mudah mempertahankan perkahwinan yang hampir mencecah 30 tahun.

“Kami berharap segalanya akan baik. Tempoh 30 tahun itu satu jangka masa panjang, tetapi tiada siapa yang tahu bagaimana penghujungnya,” tulisnya.

Pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri pada 1995 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khatija, Raheema dan Ameen.

Menerusi satu temu bual, komposer Slumdog Millionaire itu mendedahkan perkahwinannya diatur ibunya yang menjadi bahagian penting dalam hidupnya dan Saira.

Rahman yang ketika itu sibuk dengan kerjaya hingga tiada masa mencari pasangan telah meminta ibunya mencari calon isteri bagi melengkapi hidupnya.

“Ketika itu saya berusia 29 tahun dan meminta ibu carikan saya isteri’,” katanya.
Sepanjang hidup berumah tangga, pasangan itu memilih untuk menjalani kehidupan sederhana dah jauh daripada publisiti media.  

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 21-11-2024 01:02 AM
mesti salah sorg curang..
bangsa ni kuat ngeseks kuat selingkuh..
gitu iols tuduh bulat2
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:52 AM
Doa yg baik2 utk mrk
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:52 AM
abis eddah boleh kawen lagi
Quote rosewhite 21-11-2024 10:54 AM
saira banu ni pelakon? selalu kalau tengok cite melayu mesti ada dialog lawa macam saira banu
Quote aavakateimani 21-11-2024 11:58 AM
lawa ex bini dia
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:19 PM
isteri dia mmg cantik
Quote purpleghozt 21-11-2024 03:13 PM
Alamak bollywood pon cerai berai gak ke

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059729 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top