CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rohingya korek mata lelaki tempatan hingga cacat kekal dituduh Jumaat ini

20-11-2024 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28988| Komen: 15


SEBERANG PERAI – Lelaki etnik Rohingya yang bertindak mengorek bebola mata kiri seorang lelaki tempatan hingga mangsa mengalami cacat kekal akan didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pendakwaan ke atas suspek akan dilakukan sejurus tempoh reman terhadapnya yang dilanjutkan tiga hari lagi, bermula hari ini berakhir.

“Reman ke atas suspek warga Rohingya disambung lagi hari ini dan akan dituduh di mahkamah Jumaat ini.

“Siasatan masih dijalankan termasuk mendapatkan pengesahan berhubung dokumen perjalanan suspek ke negara ini daripada pihak Imigresen,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan dan pemantauan daripada pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth dengan diiringi anggota polis kira-kira pukul 10.45 pagi tadi. Suspek turut diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Husna Ridzuan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki terpaksa berdepan detik ngeri apabila bebola mata kirinya dikorek suspek warga asing dalam kejadian pergaduhan berhampiran flat Rathina, Tasek Gelugor, Sabtu lalu. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 20-11-2024 11:33 PM
Korek korek korek korek.

Korek korek kore
Quote hokeypokey 21-11-2024 12:59 AM
ganas siot psikopat ni korek mata pakai tangan,
kepala botak tu tambah thriller effect
Quote hokeypokey 21-11-2024 01:00 AM
pasni mesti ada yg komen abg polis kt sebelah tu yg nampak sedap
Quote Kurex 21-11-2024 02:42 AM
dapnyehhhhh abg pulissss ituhhhh
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:28 AM
sakit tu oloh oloh
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:28 AM
harap tabah kepada mangsa
Quote afie_m 21-11-2024 10:31 AM
ish, geram pulak dgn dia orang ni, tak takut buat jenayah
Quote ezacbee 21-11-2024 10:33 AM
Selamat malam rohingya

Quote aryyan 21-11-2024 10:35 AM
msia xmo ke buat dua tahun skali, smua pendatang blk negara asal.
bg ada buffer few months.
reset blk environment without org luaq.

skrang depa ni dh apart of masyarakat majmuk msia.
Quote silance 21-11-2024 11:07 AM
Edited by silance at 21-11-2024 11:10 AM

Mangsa itu cakap merepek, bising-bising sebab dia mabuk. Sial ni cederakan mangsa dalam keadaan tak mabuk, waras tapi boleh bertindak lebih teruk dari yang mabuk. (kalau ada ambil dadah tak taulah)
Aku harap kerajaan ambil serius masalah ini jangan cakap ini kes terpencil. As a pendatang bangsat (nangis-nangis dalam tongkang kat pantai nak mendarat) dia boleh buat macam ini, kalau bagi nyanyi selamat malam rohingya  tak tau lah apa akan jadi.
Semoga adalah MP yang akan bangkitkan (secara aggressive) masalah ini di parlimen. Bukan komplain trivial issues ie. kenapa PM tak ambil gaji.
Quote figurae 21-11-2024 11:38 AM
ngeri..
Quote suri33 21-11-2024 11:38 AM
Kalau mata org pn boleh dikorek gitu je. Sblm ni sejarah hidup mcm mana ekkk. Kita siang ikan pn yek yek tgk matanya. Hahaha
Quote gigahertz 21-11-2024 02:16 PM

patut di korek mata NGO .
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:19 PM
tacottt
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:19 PM
semoga mendapat pengadilan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.444256 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top