CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak lelaki sulung Puteri Mahkota Norway ditahan, disyaki terbabit satu lagi kes rogol

21-11-2024 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9743| Komen: 25

 


Oslo: Anak lelaki sulung kepada Puteri Mahkota Norway Mette-Marit disyaki merogol kali kedua, dua hari selepas penahanannya atas satu lagi dakwaan serangan seksual, kata polis pada Rabu.

Dilahirkan daripada hubungan sebelum perkahwinan Mette-Marit dengan pewaris Putera Haakon, Marius Borg Hoiby ditangkap pada petang Isnin lalu kerana disyaki merogol.

Menurut laporan media, seorang peguam bagi pasukan berkata, polis meminta lelaki berusia 27 tahun itu direman dalam tahanan sejak siasatan menemukan dakwaan kedua selepas diarahkan oleh hakim pada Rabu

"Marius berdepan tuduhan serius, yang mana polis dan badan kehakiman akan uruskan. Saya yakin mereka akan melakukan tugas dengan baik," kata Putera Haakon kepada penyiar awam NRK sebelum perintah penahanan.

Peguam Borg Hoiby, Oyvind Bratlien akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan penahanan itu, tetapi mengalu-alukan hakikat bahawa hakim tidak membenarkan permintaan polis untuk penahanan selama dua minggu.


Peguam polis Andreas Kruszewski di luar perbicaraan berkata, dakwaan kedua membabitkan hubungan seksual tanpa persetujuan dengan seorang wanita yang tidak mampu menentang perbuatan itu.

Penyiasat menggeledah dan merampas barang dari rumah Borg Hoiby.

Pertuduhan rogol dibuat selepas Borg Hoiby didakwa melakukan kecederaan badan terhadap seorang wanita yang mempunyai hubungan dengannya dalam satu pergaduhan lewat malam pada 4 Ogos di pangsapuri dekat sini, kata polis.

Media Norway melaporkan, polis menemukan sebilah pisau tersangkut di salah satu dinding bilik tidur wanita itu ketika itu.

Borg Hoiby ditangkap sekali lagi pada bulan September kerana melanggar perintah sekatan.

Menurut polis, ketika ditahan pada Isnin lalu, Borg Hoiby berada di dalam sebuah kereta bersama individu yang dikatakan mangsa kejadian Ogos itu.

Borg Hoiby dibesarkan oleh pasangan diraja bersama adik-beradik tirinya Puteri Ingrid Alexandra, 20, dan Putera Sverre Magnus, 18.

Beliau bagaimanapun tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

Sumber : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 21-11-2024 10:38 AM
Kontroversi masa crown prince nk kawen dgn mak mamat ni. Ramai x setuju sbb background diorg & ternyata mendtgkan masalah. Memalukan sajork.
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:43 AM
old money mmg setan ye
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:44 AM
no no. kene put him to * ni
Quote Kak-Rohana 21-11-2024 10:47 AM
mabok lah tu....pastu ko rodok
Quote ifanonline 21-11-2024 10:47 AM
bagi aku, sistem monarki perlu di hapuskan di seluruh dunia, baik negara kapir mahupun negara Islam
Quote selipar_hijau 21-11-2024 10:56 AM
barbiturat punya perangai
muka pun takde la elok mana
Quote nisako 21-11-2024 10:57 AM
ape teruk tul anak dia ni
Quote nisako 21-11-2024 11:00 AM
dah le x hensem pun
Quote rosewhite 21-11-2024 11:01 AM
emera replied at 21-11-2024 10:38 AM
Kontroversi masa crown prince nk kawen dgn mak mamat ni. Ramai x setuju sbb background diorg & terny ...

mak dgn ayah kandung dia ada kes dadah kan.
Quote hokeypokey 21-11-2024 12:51 PM
ohoo anak tiri king rupanya..
tak hensem
Quote Thunderclouds 21-11-2024 12:56 PM
The epitome of a spoiled brat, rotten egg.
Kaki mabuk, kuat mendadih, kaki pukoi, membewak.
Suma kotak checked
Quote edayildiz 21-11-2024 12:58 PM
atuk dia kan aritu yg masuk. spital kt lgk kan?
blh ke tangkap prince? ada sesetengah negara kan xblh..xingt nama negara tu.
Quote plywood 21-11-2024 01:21 PM
bodohnya... kaya, ada status lagi sepatutnya boleh jer buat hubungan baik2 dgn perempuan2 cantik silih berganti
Quote miss_perfect 21-11-2024 01:24 PM
emera: Kontroversi masa crown prince  ...


Ohh maknya pun ada background kontroversi ke...
Quote nusaraya 21-11-2024 01:34 PM
edayildiz replied at 21-11-2024 12:58 PM
atuk dia kan aritu yg masuk. spital kt lgk kan?
blh ke tangkap prince? ada sesetengah negara kan xbl ...

Kau lupa atau pura lupa lupa ya ?
Nama negaea itu adalah Malaysia ...

Mengapa X boleh dihukum ?  Karena monarchy melayu malaysia adalah juga berstatus orang suchi dan mulia karena mereka juga diketahui adalah WAIL TUHAN di muka bumi ini ... Jadi hanya TUHANlah yang berhak menghukum mereka  jikapun salah.... Hehehehe




Quote kemaruk 21-11-2024 01:37 PM
Muka camtu kalau nak menoron memang hanya dengan cara merogol je la

Pelacur pon tak hingin
Quote annehuda 21-11-2024 02:10 PM
ni anak tiri je kan rasenye? die takde title pun
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:14 PM
harap mangsa mendapat pengadilanbyg sepatutnya
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:15 PM
pihak berkuaasa mesti adil

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.246790 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top