CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah rasa belum layak terima Biduan Negara - "Saya bersyukur kalau ada, namun tidak mengharapkan sangat"

21-11-2024 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39614| Komen: 70

 


Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah berpendapat dirinya belum layak untuk dinobatkan sebagai Biduan Negara walaupun sudah lima dekad berkecimpung dalam industri seni tanah air.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, berkata, dia menganggap pengiktirafan itu terlalu tinggi untuk diterima.

"Belum lagi rasanya, mungkin setahun dua lagi. Apapun setiap pengiktirafan yang diterima perlu melihat berdasarkan penglibatan dan pengorbanan kita dalam industri seni.

"Saya bersyukur kalau ada, namun tidak mengharapkan sangat kerana penghormatan itu terlalu tinggi untuk diterima,"katanya ketika ditemui pada sidang media Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra di sini.

Ditanya mengenai pengiktirafan yang diterima Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara, Jamal tidak tahu menahu mengenai anugerah itu.

"Saya belum dapat maklumat lagi mengenai pengiktirafan itu. Saya tak tahu siapa yang memilih dan dipilih oleh siapa. Jadi saya tak boleh nak komen apa-apa," katanya ringkas.


 

Terdahulu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Sumber : – Harian Metro
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 21-11-2024 07:18 PM
Layak je dia...dia berbakat dalam lakonan dan nyanyian...dah berapa ratus list lagu2 dia..suara sedap pula...

Kalau seniman agung tu hanya P.Ramlee sajala..
Quote addamnor 21-11-2024 09:07 PM
Edited by addamnor at 21-11-2024 09:09 PM

maintain good relationship dengan agensi kerajaan / kementerian kesenian dan kebudayaan. jgn tunjuk kecenderungan kepada mana2 parti politik, jgn too loud against government, jgn jadi scammer, jgn buat tebiat lalok di tempat awam or on stage, insya allah ke arah gelaran tersebut.
Quote anarina 21-11-2024 09:10 PM
Tak layak cowieeee, part suara mayb la, attitude perangai overall as manusia nehiiiiiii jauh panggang dr api
Quote Myeramie 22-11-2024 01:42 AM
Ntahla hebat sgt ke die ni zaman die dulu?kriteria biduan tu apa.siti tahu la ade track rekod hebat and still relevan smpai skrg.
Quote LadyCarefree 22-11-2024 04:44 AM
Tak layak sebab mendada, pernah langgar undang2 masa covid, rumahtangga berantakan, menjawab soalan pasal siti ni pun sombong je bunyinya.
Quote sukacactus 22-11-2024 05:58 AM
Dia ni manjang semua benda xtau
Tau buat ank je
Result spm ank sdr pun dia xtau
Quote Mamaperdana 22-11-2024 06:03 AM
Laa jamal ni lg layak kot dr siti. Siti harap nyanyi je
Quote limau_lemon 22-11-2024 06:36 AM
Mamaperdana replied at 22-11-2024 06:03 AM
Laa jamal ni lg layak kot dr siti. Siti harap nyanyi je

Tp Ada rekod mendadih..
Quote cashewnut 22-11-2024 07:59 AM
Sorry ya acik. Angkara dadih. Perangai so and so. So memang tak layak. Kalu budi bahasa ok, tak de kelaku boleh sabit jenayah. Yes boleh apply. Kalu ada kelaku yang mendadih, jadi ikon  pun tak layak. Say NO to DADih najis
Quote dubuk 22-11-2024 08:05 AM
tak sudi memandang tidak mengapaaa...
Quote BoongaKertas 22-11-2024 08:15 AM
mcm kerek jer jwpn acik ni psl siti terima anugerah tu? lol. he pernah mendadih kot. bg meols, sbb history tu saja dah mcm x berapa nak layak dah. tho he dah berubah skrg. sbb gelaran tu mcm too high. mcm not a good example for young ppl nanti kalau acik ni dpt. #my2cents
Quote Kacangmanis 22-11-2024 08:17 AM
Edited by Kacangmanis at 22-11-2024 08:37 AM

Tapi suara tok jamal ni sedap sangat. Depa ni mcm keluarga cdk juga. Bukan setakat adik beradik suara sedap, bawa kepada anak², anak² saudara suara sedap². Hari tu fyp anak kpd adik tok jamal ni nyanyi kat kenduri kawen. Suara ada skit² mirip tok jamal, cuma lebih kecik, yg penting mmg sedap didengar. Kuat ohh gen suara sedap dlm keturunan depa.

Ehe, nk tambah komen sket. Anak² tok jamal ni helok2 ya. Dua anak pompuannya Azura ngan Laura tu dah mcm muka doll dah, ngan mata bulat dan hidung mancungnya. Azura tu senyuman pon manis sangat. Geram nengok tau. Hihi. Entahlh korang percaya ke tidak. Hari tu Jamal ada minta suggestion nama untuk baby girl tu. Masa baca tu terfikir gak nama utk baby tu lepas tgk kecomelan Azura, Audrel Laura. Sekali Tok Jamal bgi nama baby tu Rahil Laura, haha
Quote ashilalat 22-11-2024 08:17 AM
Edited by ashilalat at 22-11-2024 08:22 AM

Kerjaya nyanyian memang layak. Dia start menyanyi tahun 1973. Bererti dah 51 tahun dalam sepak terajang industri. Dah tahap matang.

Nyanyian masih memukau. Live sedap. Album banyak, lagu popular banyak. Ada memertabatkan lagu² irama melayu asli dan tradisional. Mampu menyanyi pelbagai genre dgn baik. Banyak juga menang anugerah² utama.

Kerjaya nyanyian setanding Ahmad Jais dan SM Salim.

Tapi...

Dari segi moraliti dan utk menjadi role model masyarakat, memang out la kalau bandingkan dgn Ahmad Jais dan SM Salim.

Pernah terlibat kes dadah. Bukan sekali, tp berkali kali. Sampai atas pentas pon melalut lalut. Ada sekali yg persembahan minggu setiausaha ke hari ibu yg dia dgn Siti tu, risau rasa. Jenuh Siti dok mengcover.

Kontreversi rumah tangga pon belambak. Kahwin cerai, nafkah anak, hubungan kekeluargaan ke laut.

PR ke laut. Hubungan dgn kerajaan dan media pon out. Tengok saja cara dia jawab pasal Siti dapat Biduanita tu. Takkan la kau senior dalam industri tak ambik tau pasal penganugerahan tertinggi dalam industri hiburan. Silap² gelaran utk P.Ramlee, Ahmad Jais dgn SM Salim pon dia x tahu. Nk bagi kata tahniah kat Siti pon xde. Hahahaa.

Hubungan sesama rakan artis pon nampak x berapa baik. Jarang bg pendapat utk bangunkan industri. Dgn junior² pon jarang bg kata semangat dan junior pon jarang refer pada dia.

Kerja kemasyarakatan dan penglibatan dgn masyarakat pon kurang. Mcm dalam bubble sendiri jah.

After all, dari segi kerjaya dia sangat layak. Dari segi role model masyarakat, sangat tidak layak terutama bila melibatkan dadih.

Kalau banding dan banding..rasa² M.Nasir lebih layak untuk terima anugerah ni utk dipasangkan dgn Siti sebagai Biduanita Negara.

Quote Siput_Sawah 22-11-2024 08:22 AM
Cara dia jawab soalan ttg Biduanita so tak humble......................jauh lagi perjalanan mu tokmal  utk dpt Anu-gerah Biduan itu.
Quote annadonna 22-11-2024 08:49 AM
Mamaperdana replied at 22-11-2024 06:03 AM
Laa jamal ni lg layak kot dr siti. Siti harap nyanyi je

Pas tu jamal harap apa?
Quote freyayong 22-11-2024 08:55 AM
jauh lagi tu.. career wise je dia layak.. attitude, lambat lagiiii. M.Nasir jauh lebih layak..
Quote danieladam 22-11-2024 08:55 AM
Kat benang sebelah ramai kutuk iols sebab bangkitkan isu kenapa retis senior diam seribu bahasa bila tok ti dapat Biduanita.

Ni lah contohnya kenapa iols upkan isu tu

Boleh tengok kan contoh jawapan super senior mcm Tok Mal berbanding junior junior mcm  Dayang, Kak Mitch Donat, Ernie, Aina semua tu.

Sebab tu iols teringin nak tau, apa reaksi dan komen penyanyi senior, kalau dah super senior pon jawab gitu.
Quote aavakateimani 22-11-2024 09:44 AM
layak dah
Quote aavakateimani 22-11-2024 09:44 AM
lagu sedap

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.195922 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top