CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Heliza Helmi nafi rumah tangga berantakan, masih jalani kehidupan suami isteri

21-11-2024 07:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 51593| Komen: 206

 



Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangganya dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.

Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi, 38, berkata, hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik dan masih menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

"Saya terkejut apabila mengetahui tentang hal ini. Persoalan pertama adalah dari mana datangnya dakwaan ini.

"Kedua individu yang menyebarkan berita ini, dia dengar dari mana dan siapa orang itu kerana sebelum saya menjawab persoalan sebegini, saya perlu tahu puncanya.

"Macam mana saya nak jawab perkara sebegini kerana mungkin direka atau apa tujuannya. Tetapi, apa yang boleh saya katakan dia (suami) ada bersama dengan saya untuk program hari ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem pertama rumah produksi Karyaloka bertajuk Dasim Laknat di sini, semalam.





Menurut Heliza, dia bagaimanapun sedar mungkin kurang memuat naik foto bersama di Instagram membuatkan spekulasi itu timbul.

"Masyarakat sekarang ini ada banyak masa jadi mereka akan tolong fikir mengenai hal masyarakat (orang) lain. Saya buat itu (tidak berkongsi gambar) bukan sebab tertentu atau sesiapa.

"Tetapi disebabkan diam itu lebih baik. Jadi apabila saya rujuk kepada guru (para ulamak), memang ada kebaikannya apabila berdiam. Saya yakin dan percaya anda semua suka melihat perkara yang baik.

"Tetapi, saya rasa perkara ini (rumah tangga bermasalah) tidak wujud pun, dan saya harap kalian boleh doakan yang baik-baik untuk saya. Tiada apa pun yang berlaku," katanya.

Terdahulu, hubungan Heliza dan Mahadi didakwa sedang dilanda badai apabila penyanyi itu dikatakan sudah tidak memuat naik gambar bersama suami di media sosial. Ini kerana, Heliza lebih kerap berkongsi gambar dan video melakukan pelbagai aktiviti dengan adiknya, Hazwani Helmi.

Heliza dan Mahadi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.

Sumber : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-11-2024 07:35 PM
Rimas kena rebonding janggut ke?

Quote fairiza 21-11-2024 07:38 PM
Ha ado pun benang psl dia ni. Jarang2 warga forum lambat dr melodi hahahah. Tp OT sat.. aku x taula aku kenan bethol ngan adik si heliza ni.. apanama dia? Yg berlakon dgn bamtah tu. Manissssss je aku tgk. Kalau jd jodoh bamtah ok x? Hahahahahah tibahhhh
Quote Nana8 21-11-2024 07:40 PM
fairiza replied at 21-11-2024 07:38 PM
Ha ado pun benang psl dia ni. Jarang2 warga forum lambat dr melodi hahahah. Tp OT sat.. aku x taula  ...

Nama dia Hazwani.. manis kn dia. Suka gak tgk muka dia
Quote likilu 21-11-2024 07:41 PM
Kalau boleh scammer sama scammer biar berkepit je senang nak buh dalam, 10 tahun ke 20 tahun ke
Quote Nana8 21-11-2024 07:42 PM
Mcm mana dia maintain janggut dia?? Rebonding hari hari ke?  Serius nk tahu
Quote green~tea 21-11-2024 07:45 PM
Mau tak berantakan... laki scammer kot

Dah la huduh
Quote Piramida 21-11-2024 07:52 PM
Selalunya begitulah artis2 ni.... Menafikan.
Quote Lampuled 21-11-2024 07:53 PM
Selalu kalau ada gosip mcm ni introduction.  Semoga semuanya baik² aja. Jgn la bertambah title j and d dlm industry hiburan.
Quote akies 21-11-2024 08:31 PM
Tp laki dia hilang terus dr radar ye lps tersebar kes tu.
Dr izhar tu pon siap claim tkde kaitan dgn laki dia
walhal sblm ni kemain kamceng.
Quote shroom 21-11-2024 08:43 PM
Dia ni bukan pregnen ke haritu?
Quote mamastoney 21-11-2024 08:52 PM
Edited by mamastoney at 21-11-2024 08:55 PM

Dari dulu lg dekkkk, kalo retis ckp cerita negatif psl dorg tu hanyalah sekadar gossip, tp tk lama pastu akan jadi realiti dekkkk. Teringat lg time nak sarung cincin nikah dulu tangan si mata buntal ni terketar2 kan, mcm pelakon adel (bukan nama sebenar sheols) dgn laki rambut sarang tebuan  dia tu. Pastu awal2 kawen, siap pakai sedondon top to toe. Alih2 skrg bg alasan saje je tk share gambar dgn laki
Quote Nizleen86 21-11-2024 08:58 PM
Kalau angin dah berhembus tu paham2 je lah.
Quote TomyamPuteh 21-11-2024 09:14 PM
Abahhhhh... Jom pi Ceben E pleaseee....
Quote missyL 21-11-2024 09:39 PM
Lama x kuar pasal couple nie haha
Elok jgk la sbb mmg xde perkara elok
Quote missyL 21-11-2024 09:42 PM
akies replied at 21-11-2024 08:31 PM
Tp laki dia hilang terus dr radar ye lps tersebar kes tu.
Dr izhar tu pon siap claim tkde kaitan dgn ...

Byk sgt menipu
Hahahaha
Salah die pg nikah ngn meklija
Tros kaw2 kene londeh
Bini plk terpaling

Klo kawen org bese2 mungkin masih bole scam sana sini
Quote missyL 21-11-2024 09:43 PM
mamastoney replied at 21-11-2024 08:52 PM
Dari dulu lg dekkkk, kalo retis ckp cerita negatif psl dorg tu hanyalah sekadar gossip, tp tk lama p ...

Adel dah cerai ke
Elok jual mee kari
Quote mrsLucky 21-11-2024 09:59 PM
errrrrr....gelinya i janggut rebonding tu...
i cannot..
Quote Incanto 21-11-2024 10:27 PM
aku tak seprais

kalau aku jadi HH pun aku angkat kaki
Quote doubleA 21-11-2024 10:30 PM
80% gosip retis adalah benar. Takda angin masakan pokok bergoyang. So?

Nextttt

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top