Difahamkan, Kim memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu, Petaling Jaya. Alhamdulillah, dengan hidayah daripada Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu. “Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah,” katanya. Menerusi hantaran tersebut, Kim manis dalam busana serba hitam dan lengkap memakai tudung. Dalam pada itu, komuniti tersebut memohon orang ramai mendoakan urusan saudara baru dalam mendalami Islam dipermudahkan. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang muslim yang soleh serta beramal, amin. “Terima kasih kepada penaja Kit Muslim Baru kami yang indah oleh @zaahara.group untuk membantu saudara baru kami memulakan perjalanan mereka,” ujarnya. Bagaimanapun, ruangan komen hantaran tersebut ditutup. Terdahulu, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond pada Mei 2017.
Sumber – HIBGLAM |
Burong_Hantuk replied at 27-11-2024 10:40 AM
aku malas nk komen pasal bakal husband dia ni
pocongkiutss replied at 27-11-2024 11:07 AM
Sapa bakal laki dia tu..seperti gendut
pocongkiutss replied at 27-11-2024 11:08 AM
Eh lawo pulak pic dia pakai tudung tu
Burong_Hantuk replied at 27-11-2024 03:40 AM
aku malas nk komen pasal bakal husband dia ni
cicicumel replied at 27-11-2024 11:18 AM
Dorg ada anak x?
SherryZass replied at 27-11-2024 11:51 AM
Oh nak nikah ke chuoolls. Tapi muka ada iras je dedua.
Burong_Hantuk replied at 27-11-2024 10:40 AM
aku malas nk komen pasal bakal husband dia ni
ADVERTISEMENT