CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khemah biru sudah tiada. Kaedah sewaan payung pantai di Telok Kemang, Port Dickson bermula 16 Disember!

27-11-2024 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45298| Komen: 15

Gambar hiasan



Pantai Telok Kemang, Port Dickson, akan tampil lebih menarik dan teratur bermula 16 Disember ini! Perubahan ini datang selepas kerajaan negeri menghapuskan khemah biru dan memperkenalkan kaedah sewaan plot payung pantai yang lebih sistematik.

Lapor Harian Metro, kaedah baru ini melibatkan plot-plot sewaan payung pantai yang lebih menarik, tersusun dan terkawal di kawasan tertentu di Pantai Telok Kemang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, keputusan ini diambil selepas berbincang dengan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Telok Kemang.

 


Kini, MPPD sedang menjalankan kerja naik taraf dan penyediaan plot bermula 18 November lalu sehingga 15 Disember ini.

Ujar Arul Kumar lagi, MPPD akan menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai, dengan setiap plot berukuran 40 kaki x 20 kaki.

Setiap plot akan dilengkapi dengan lapan unit payung, dua kerusi, dan satu meja. Kaedah undian akan dilakukan untuk memilih peniaga yang layak disebabkan permintaan melebihi plot yang disediakan.

Penentuan kawasan khas untuk penempatan payung pantai akan membabitkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang.

Sumber - Harian Metro, Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 27-11-2024 06:54 PM
Kaedah payung sewaan ni macam sama je cam khemah biru.. Ampuihhhh... Yang dapat tender tu geng2 khemah biru balik laa ye... Hala bingaiiii
Quote ejans 27-11-2024 07:00 PM
Bodoh ke x paham bahasa org2 majlis pd ni.
Bagilah kebebasan kepada org2 nak berpicnic dkt pantai. Lantak lah dorang nak pki payong ke apaaa..
Ko nak niaga, ko letak payung dkt tepi tu utk sewa. Siapa nak gi sewa payung pacak cari tpt sendiri. Sape tanak lantak lah deme. Ada org nak cuti cantai2. Nak save budget yg x mampu.  Ni x abis abis dgn kaedah paksaan dia
Quote cmf_jeangrey 27-11-2024 07:04 PM
Ya nampak elok sikit..pantai ni bukan tapak pasar tani kau nak letak khemah biru besar gedabak mcm tu..kalau beach brolly iols boleh terima sama je macam konsep kt hotel..but mppd juga kena pastikan peniaga tak boleh larang atau halau visitors yg bawak payung sendiri..

Quote kepompong 27-11-2024 07:29 PM
ok lah tu ada persetujuan 2 belah pihak. Org yg sewakan khemah tu nak sara diri ngan apa kalau tkde option langsung.... dalam gambar nampak lawa khemah. Kalau lawa gitu ok je nak sewa ... takyah susah2 penuhkan keta kalau nak piknik. yg khemah biru tu memang OUT lah ...
Quote kepompong 27-11-2024 07:29 PM
kang dorang mintak sedekah korang jugak yg bising
Quote Kiahlemau 27-11-2024 09:37 PM
Baik bukak pasar Tani je la kat pd tu...dah beria sgt nk pasang khemah..msti ada unsur2 ufti jugak ni..tu yg beria nk pertahan bisnes peniaga khemah... pantai tempat lain elok je tak de pasang khemah..pehal kat pd ni lain mcm pulak ye
Quote Manjahati 27-11-2024 09:47 PM
Baru nk rasa lega dtg PD x ada payung..rupa2nya bakal wujud payung baru
Quote PULANGKAN 27-11-2024 11:55 PM
BODOH LAH IDEA PAYUNG PAYUNG NI

SEMAK TAU TAK, SEMAK!

semoga ribut terbangkan semua payung-payung bodoh tu, hempap jatuh pecah cermin, terpacak kat kereta-kereta orang yang bagi idea dan setuju dengan payung bodoh

kalau takde kereta, payung tu hinggap kat office diorang pun ok
dan semoga setiap kali ada payung, setiap kali tu hilang diterbangkan, kena curi, dan sebagainya

SEMAK MATA! korang dengan payung biru sebelum ni takde beza pun. sama je perangai tamak dan rakus. celaka lah korang semua
Quote Dovahkiin 28-11-2024 05:29 AM
Pi mai pi mai tang tu. Benda sama je. Orang pacak khemah sendiri kena halau.
Quote bottombikini 28-11-2024 06:30 AM
So apa bezanya?
Quote tepisket.. 28-11-2024 06:33 AM
N9 ni mmg xde pantai lain dah ya... Situ juga dia nak buat lubuk duit. Pi la bangunkan pelancongan lain. Hotel kat PD hauusss di aidilfitri pi la improvise lagi.. sibuk laa nak menyemak2 tgh pantai dgn payung. Org boleh bawak khemah kenapa nak kena bpayung.. Org PD x reti buat bisnes lain ke..
Quote tepisket.. 28-11-2024 06:36 AM
Risau org y dpt meniaga payung tu bgaduh sampai bunuh2 kang. Haaa.. MPPD mmg patut kena bagi rating 2 je ni. Staf dia semua buta kayu xreti jana income lain
Quote ketambangkang 28-11-2024 07:53 AM
seboleh2 ek nak jugak..takde bezanya khemah & payung..lama2 esk klu dh x terkawal ada yg sewakan secara haram maka akan tetap la buruk pemandangannya..pantai2 lain elok je org berkelah takde payung khemah bagai..dh namanya pon tepi laut mmg la panas senahhh
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:59 AM
khemah la best view cantikkkk
Quote aavakateimani 29-11-2024 08:00 AM
payung mari angin abih terbang

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.074220 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top