CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miskin sebab dadah tidak layak mohon Desa Sejahtera - MB Kedah

27-11-2024 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45220| Komen: 5

 


Alor Setar: Program Desa Sejahtera yang dilancarkan baru-baru ini akan diperluaskan kepada golongan miskin tegar tanpa mengira kaum di negeri ini pada masa akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemilihan penerima Desa Sejahtera berdasarkan kategori golongan miskin dan miskin tegar berkeluarga yang tidak mempunyai tanah atau rumah.

Menurutnya, pemohon yang didapati miskin akibat masalah dadah akan digugurkan daripada senarai penerima program terbabit.

"Kita akan rancang Desa Sejahtera untuk kaum Siam berasingan sebab budaya tidak sama, jadi kita tempatkan mengikut kedudukan sosioekonomi yang sesuai.

"Kita akan cuba wujudkan khusus untuk kaum Cina dan India. Disebabkan orang Melayu penduduk paling ramai di Kedah, kita utamakan dahulu kaum Melayu sebelum diperluaskan kepada bukan Melayu.

"Namun untuk pemohon yang miskin sebab dadah, kita tidak akan terima," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Bau Wong Bau Ek (PH-Sidam) yang bertanya adakah program Desa Sejahtera akan diperluas kepada penduduk bukan Melayu.

Muhammad Sanusi berkata, agihan lot rumah itu juga dilakukan secara adil kepada individu yang layak tanpa terikat kepada fahaman politik.

"Kita bagi pada mereka yang layak, tak kira parti apa atau latar belakang mereka. Kita nak elak berlaku macam zaman (kerajaan) dahulu.

"Contohnya Kampung Keda, syarat perlu jadi ahli parti politik tertentu, baru boleh duduk situ. Selepas itu kawasan itu akan jadi kubu kuat pada pilihan raya. Zaman sekarang orang tak buat benda karut seperti itu," katanya.

Katanya, perkampungan Desa Sejahtera akan dibina secara berperingkat mengikut keperluan di setiap daerah dengan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan adalah sebanyak 1,281 lot.

Projek Desa Sejahtera pertama di negeri ini dibangunkan atas bekas tapak kuari di Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang.

Sumber - Harian Metro 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 27-11-2024 05:12 PM
Orang Penagih Dadah jangan bagi peluang apa2. Takkan pernah berubah.

Buang ke laut je....baru mendatang hasil sebagai makanan ikan.
Quote Kak-Rohana 28-11-2024 12:49 AM
tangkap suruh cuci longkang...sampah. ada gak faedah
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:56 AM
ala xbest la. nanti druggie nak duk mane
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:57 AM
bakal PMXI
Quote shamsadis 29-11-2024 08:03 AM
dadah merosakkan masyarakat, jangan diberikan peluang dan ruang kepada pengedar dadah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072038 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top