Bagi memastikan masa depan yang lebih terjamin, pelakon dan usahawan Wawa Zainal bersama suami iaitu Aeril Zafrel telah menyediakan dua unit kediaman buat anak mereka iaitu Soffya dan Fahri sempena sambutan hari jadi tahun ini. Jelas Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, rumah yang dibeli di Bangi, Selangor jenis kondominium itu dijadikan sebagai persiapan untuk kegunaan anak-anak apabila dewasa kelak. “Kali ini kami bagi anak-anak rumah dan itu adalah untuk masa depan mereka. Setiap seorang kami sudah sediakan sebuah rumah jenis kondominium di sekitar kawasan Bangi. “Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Jadi kami memang merancang melakukan persediaan untuk mereka. “Soal harga, tidak terlalu mahal. Kalau boleh tidak perlu diceritakan tentang itu. Bagi kedua-dua rumah itu kami sudah pun meletakkan nama mereka,” katanya kepada Kosmo! Online.
|
Piramida replied at 1-12-2024 03:33 PM
Baguslah... Habis bayar dulu baru claim sebagai hadiah. Ke beli cash?
dua_chzy replied at 1-12-2024 01:18 PM
Bukan main retis dan seleb sekarang ini kaya nak mampus. Siti Nurhaliaza first 10 years jdik retis d ...
dua_chzy replied at 1-12-2024 01:18 PM
Bukan main retis dan seleb sekarang ini kaya nak mampus. Siti Nurhaliaza first 10 years jdik retis d ...
ADVERTISEMENT