CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ayus dan Nissa Sabyan sah dah bernikah 4 Julai lalu

2-12-2024 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36224| Komen: 12


 


Dua anggota kumpulan Sabyan Gambus, Ayus dan Nissa sudah melangsungkan pernikahan pada 4 Julai lalu.

Hubungan percintaan mereka sebelum itu mencetus kontroversi apabila Nissa yang juga penyanyi utama Sabyan Gambus itu didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Ayus sehingga bercerai.

Berita perkahwinan pasangan selebriti ini dimaklumkan Ketua Pejabat Urusan Agama Kecamatan Pondok Gede, Drs H Ahmad Sumroni.

"Pernikahan diadakan selepas Isyak di kediaman pengantin perempuan di Bekasi dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.

"Majlis pernikahan Ayus atau Ahmad Fairus dan Nissa berlangsung pada 4 Julai lalu dengan permohonan dibuat mengikut akta pernikahan iaitu seminggu sebelumnya.

"Syarat nikah lengkap semuanya, yang mana status Fairus (Ayus) sebagai duda, manakala Nissa belum pernah bernikah. Acara nikah di rumah Nissa yang dilakukan oleh bapa kandungnya sendiri," katanya kepada media tempatan Indonesia.


Pada majlis pernikahan itu, Nissa menerima mahar berupa cincin emas seberat tiga gram bersama wang tunai sebanyak 200,000 rupiah (RM56) daripada pihak Ayus.

Ayus juga pemain keyboard Sabyan Gambus pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya, pempengaruh Ririe Fairus selama lapan tahun dan memiliki dua anak, namun bercerai pada 24 Mac 2021 akibat kecurangan yang berlaku antara lelaki itu dengan Nissa.

SUMBER: – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 2-12-2024 06:04 PM
ohoo.. pelakor udah nikah ya?? tahniah kalian
Quote cucutokwan89 2-12-2024 06:05 PM
Sejak tau dulu peel dia jadi gini, mmg tak sudi dah nak tengok, dengar lagu2 diorg sampai skrg
Quote suri33 2-12-2024 10:25 PM
Org mcm ni elok bernikah. Tgk manisnya perkahwinan sampai mana.
Quote mamajawie 2-12-2024 11:47 PM
pencaras jual lagu yeslamik konon.. yihhhhhhh
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:56 AM
tak kenal lah influencer kah
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:57 AM
lama dah kawen
Quote BoongaKertas 3-12-2024 09:18 AM
kalau kes2 mcm ni, selalunya mmg iols nak peghati jer berapa lama boleh bertahan...
Quote prince_marhaen 3-12-2024 10:55 AM
lahhhh ingat masa kantoi tu dah kawin.... siap kantoi macam pregnant gitu... jenis muka tak tau malu ye... still lagi jual lagu2 ketuhanan...tapi perangai pelachhhhh....
Quote nipskacang 3-12-2024 10:30 PM
Penyondol kan?
Quote seri_mawr 4-12-2024 11:48 AM
jodohhh.....
Quote aryyan 4-12-2024 12:26 PM
pelakor versi haleell
Quote Gianna111 4-12-2024 01:46 PM
tak malu!tu ja

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.133797 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top