CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Rasa seperti hamba, teruskan perkahwinan harap dia berubah’ - Zahnita Wilson

6-12-2024 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36869| Komen: 68

 

“Saya rasa seperti hamba.”

Itu luahan bekas peragawati dan pelakon, Zahnita Wilson, 39, mengenai pengalaman hidupnya selama 20 tahun dengan suami, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46.

Dalam temu bual sebuah program hiburan, air mata Zahnita membasahi pipi sambil menceritakan kesengsaraan yang harus dilaluinya.

“Sudah lama saya sembunyikan perkara ini. Tetapi saya perlu lakukan ini demi anak-anak saya. Saya tak mahu mereka lalui perkara yang saya lalui,” katanya.

Bercerita tentang kehidupannya selama 20 tahun bersama suami, kata Zahnita pada awal perkahwinan lagi dia sudah lalui episod sengsara.

“Saya masih muda ketika itu. Jadi saya teruskan perkahwinan saya dengan harapan suami akan berubah.

“Selepas 13 tahun hidup bersama, baru saya sedar dengan lelaki jenis apa yang sedang saya lalui kehidupan bersama. Saya tahu akan jadi semakin sukar untuk saya bebaskan diri daripadanya.


“Selama hidup dengannya saya didera secara fizikal dan mental. Saya sering dikatakan ibu yang tidak baik. Disebabkan itu juga saya tinggalkan karier saya,” kongsinya.

Disebabkan tekanan hidup, Zahnita mendedahkan dia turut mengalami sakit ‘slipped disc’ kerana sering melakukan kerja-kerja berat.

“Saya pernah beritahu dia (suami) izinkan saya keluar dari rumah, saya janji tak akan laporkan kepada polis apa yang berlaku.

“Dia pernah minta maaf, tetapi keesokan harinya dia tetap lakukan perkara yang sama. Saya rasa seperti hamba. Kenapa dia buat macam ni kepada saya?

“Saya macam tak percaya ini adalah kehidupan saya. Tetapi saya perlu hadap kerana ini adalah takdir saya. Saya buat keputusan yang salah dalam hidup saya, saya perlu laluinya,” luahnya.

Terdahulu, suami Zahnita didakwa atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 6-12-2024 05:14 PM
Cantiknya gambar atas tu
Tapi tabah betol ye sampai 20 tahun stuck
Mujur tak gila
Rugi je kawan dgn jantan tu
Anak2 Sheols banyak ikut genetik bapak
Chubby dan gelap. Sayang betol
Quote L.U.S.M 6-12-2024 06:37 PM
see!!!
mentality ko nk UBAH jantan tu yang buat ko stay...
so bukanla STOCKHOLM SYNDROME tapi perangai sendiri yang bodoh stay in toxic marriage...

Terbukti la skrg mamak pasti senak ni yang buat ko stay 20thn..ko rujuk sbb syg laki ko sgt...bkn sbb DV bkn sbb polis..
Quote DeLuna85 7-12-2024 12:03 AM
Comelnya dia ni dulu2. Di mata iolls dia bukan kategori cantik. Tapi comel sangat.
Quote Qatrunnadaain 7-12-2024 01:44 AM
Dia ni ada vibe paula malai ali, camelia, those chic classy babes in her years. Sayang betul jadi mcm ni. Married the wrong person. Takpe, bangun semula, it’s not too late. Semoga bangkit dan berbahagia semula.
Quote aavakateimani 7-12-2024 07:15 AM
ye lah tu
Quote aavakateimani 7-12-2024 07:15 AM
kak byk berita ko kat google tu. maleh aku nak pcy kata2 ko
Quote Akalditipumata 7-12-2024 02:51 PM
Whatever la kak.. pilihan mu.. klau kali ni betul2 nk keluar..keluar terus jln jgn pndang belakang..
Quote anilanil 7-12-2024 04:11 PM
Makan byk sikit pie tu dorothy. Beli syampu bayam, gi spa manjakan diri. Gi dentist, scaling gigi. InsyaAllah, may Allah ease everything. Nanti awak comel la semula. Acik ellie pon dah lawa sejak membujang, shungai apatah lagi terus ke size xs.
Quote miss_white 7-12-2024 04:32 PM
Dia punye kurus mcm mat pet
Baca komen kata dia ni smoke
Quote brainbiru 7-12-2024 04:36 PM
Hari tu baca thread lama... thread tahun 2014.. time tu pun org dh kutuk muka dia tua.. mcm alien etc... padahal itu 10tahun lps
Quote dua_chzy 7-12-2024 04:36 PM
miss_white replied at 7-12-2024 08:32 AM
Dia punye kurus mcm mat pet
Baca komen kata dia ni smoke

Meols sebenarnya syak dia pun smoke pot serupa laki dia.
Quote heythere123 7-12-2024 05:07 PM
L.U.S.M replied at 6-12-2024 06:37 PM
see!!!
mentality ko nk UBAH jantan tu yang buat ko stay...
so bukanla STOCKHOLM SYNDROME tapi perang ...

pahit tapi gitulah kan. Harap boleh bagi inspirasi gittew
Quote miss_white 7-12-2024 06:30 PM
Edited by miss_white at 7-12-2024 11:33 AM
dua_chzy replied at 7-12-2024 09:36 AM
Meols sebenarnya syak dia pun smoke pot serupa laki dia.


Uols tgk gmbr dia pakai hodie hitam dgn spek hitam tuh
Netizen ingat dia ahpek senario
Hah mmg sebijik pun
Quote missbigrockstar 7-12-2024 08:25 PM
Gambar kiri tu masa awal kemunculan dia kan. Senyum senget trademark dia. Comel masa tu.
Quote Lily_Elizabeth_ 7-12-2024 09:26 PM
anilanil replied at 7-12-2024 04:11 PM
Makan byk sikit pie tu dorothy. Beli syampu bayam, gi spa manjakan diri. Gi dentist, scaling gigi. I ...

Nick name dia dorothy ke?.

I rasa muka dia kusam kelam sebab dia ambil something mYbe. Merokok kut, muka tk glow langsung. Perempuan normal yang tak merokok kulit nampak glow glow shining. Ini nMpK kusam kasap cam kena asap.
Quote ezacbee 7-12-2024 10:53 PM
Sayang sangat kat abengggg..

Abeng punsss.. Abeng punnnhhh..

Siot la aku teringat dialog filem kuliah cinta. Faramy n ayu..
Quote olaklempit 7-12-2024 10:57 PM
Taktau lah apa yg si mamak ni buat sampai dia suka dan kawin. Tengok gambar edisi siasat rupa laki dia...ya ampun. Perangai pukul bini satu hal juga. Kenapa sampai 20 tahun tunggu? Dia ni pernah jadi duta jakel kan? Boleh mewah dengan duit sendiri pun
Quote anilanil 8-12-2024 12:56 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 7-12-2024 09:26 PM
Nick name dia dorothy ke?.

I rasa muka dia kusam kelam sebab dia ambil something mYbe. Merokok ku ...

Nick name dia Zani rasanya. Dorothy tu middle name.
Quote Lily_Elizabeth_ 8-12-2024 10:10 AM
anilanil replied at 8-12-2024 12:56 AM
Nick name dia Zani rasanya. Dorothy tu middle name.

Oh paham. paham.

Macih.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.162777 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top