|
Oleh Izzah Abbasy
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memastikan pelaksanaan kaedah rebat GST bagi kad prabayar yang dilaksanakan 1 Jan lepas difahami sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga minggu pelaksanaannya. Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi digesa memberi penerangan berterusan kepada pengguna supaya kaedah rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi kad prabayar dapat difahami sepenuhnya. Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata kementerian meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk dikongsi bersama pembekal perkhidmatan telekomunikasi, penjual kad prabayar dan pengguna. "Masih ada yang tidak pasti mengenai kaedah rebat ini kerana baharu dilaksanakan dan saya percaya setelah berlangsung selama dua hingga tiga minggu, masyarakat akan jelas mengenai perkara ini, namun penerangan secara berterusan perlu dilakukan" Mulai 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini pelanggan prabayar di negara ini menerima rebat bersamaan dengan jumlah GST yang akan dikredit secara terus ke akaun prabayar mereka. - CARI Infonet Info : Astro Awani Foto : www.mobile88.com
|
|
15
![]() Bagus |
21
![]() Marah |
20
![]() Terkejut |
17
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
12
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071822 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.