|
PORT DICKSON 8 Julai - Seorang kakitangan Jabatan Vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang belia maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di sekitar daerah ini semalam. Mangsa, N. Manimaran, 24 yang menunggang motosikal jenis Honda dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Persona dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 19.3 Lebuh Raya Port Dickson-Seremban sekitar pukul 5.30 pagi semalam. "Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua kenderaan itu telah bergesel sebelum mangsa yang menunggang motosikal telah terjatuh menyebabkan kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,' kata jurucakap polis. Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan maut, mangsa seorang belia, Cheok Choon Wei, 27, yang menunggang motosikal bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 6.9 Jalan Seremban arah Lukut di Port Dickson pada pukul 4 pagi semalam.
|
|
13
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
13
![]() Terkejut |
20
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.400944 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.