CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu didakwa sebabkan kematian bayi, tersilap letak dalam ketuhar yang disangkanya sebagai katil bayi

13-12-2024 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 61580| Komen: 14

 


Kansas: Seorang ibu muda didakwa secara tragik menyebabkan kematian anak perempuannya yang baru lahir selepas tersilap meletakkan bayi itu ke dalam ketuhar yang disangkanya sebagai katil bayi, lapor The Mirror.

Mariah Thomas, 26, kini berdepan perbicaraan bulan depan selepas bayi itu, Za'Riah Mae, ditemukan tidak bernyawa dengan kesan melecur teruk, hanya sehari selepas Mariah meraikan hari lahirnya.

Menurut dokumen mahkamah, polis menemukan bayi itu di kerusi bayi dengan pakaian yang hangus melekat pada badannya, manakala rumah berkenaan berbau asap.

Selimut bayi yang hangus turut dirampas sebagai bahan bukti.

Mariah didakwa memberitahu datuk mangsa bahawa dia "tersalah letak bayi itu ke dalam ketuhar."

Datuk berkenaan menemukan bayi itu selepas dihubungi oleh Mariah yang mengatakan sesuatu tidak kena dengan anaknya.

Ketua Pendakwa Jackson County, Jean Peters Baker, menyifatkan kes ini sebagai satu tragedi yang menyayat hati.

"Kami percaya sistem keadilan akan menangani insiden ini dengan sewajarnya, dan kami turut berduka atas kehilangan nyawa ini," katanya.

Minggu lalu, juri besar menambah tuduhan pembunuhan tidak sengaja ke dalam kes berkenaan, menjadikan prosiding perbicaraan bulan depan dijangka mendapat perhatian meluas.

Rakan dan keluarga mangsa menyatakan kesedihan mereka dan percaya masalah kesihatan mental mungkin menyumbang kepada kejadian tragik ini.

Sementara itu, Mariah kekal dalam tahanan dengan memilih untuk berdiam diri, walaupun membenarkan ujian darah dilakukan dan data telefonnya dianalisis oleh pihak berkuasa.

Perbicaraan akan menjadi penentu kepada kes ini yang mengejutkan ramai pihak dan meninggalkan luka mendalam dalam masyarakat setempat.

SUMBER : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 13-12-2024 11:33 PM
Nauzubillah.. meroyan ni.. kesiannya
Quote Akalditipumata 14-12-2024 03:48 AM
Postpartum depressio?
Quote shernazz 14-12-2024 08:28 AM
Gila lah..
Kalau meroyan..mmg ada satu tahap keadaan tak sedar tau.
Iols dolu tak caya..
Tp kena kat adek iols..mak iols cite mmg menyeramkan...
Quote aavakateimani 14-12-2024 08:54 AM
ni mesti byk main phone
Quote aavakateimani 14-12-2024 08:55 AM
takziah
Quote Freezies 14-12-2024 12:03 PM
Tk meroyan,mendadih high sampai tk sedar diri.what do you expect from uncle sam.jual weed mcm jual pisang goreng.
Quote Belibis 14-12-2024 12:23 PM
Mengalahkan bibik indon..tak kenal katil dengan ketuhar..peti ais dengan mesin basuh.
Quote green~tea 14-12-2024 01:43 PM
Mcm menipu je.. ke mendadih?
Quote AkokKocik 14-12-2024 06:13 PM
Bak kata acik porom...'muka xde nur'...
Quote Mahathirina 16-12-2024 12:33 AM
AkokKocik replied at 14-12-2024 06:13 PM
Bak kata acik porom...'muka xde nur'...

Haha betui..
Quote Supersirap 16-12-2024 11:30 AM
Kejadian ini sangat bau-bau ikan
Quote sukacactus 16-12-2024 02:10 PM
Org bodoh je caya dgn alasan bodoh dr org yg bodoh ini
Quote edayildiz 16-12-2024 02:24 PM
takziah..siannya baby
Quote BungaKencana 16-12-2024 02:28 PM
meroyan? ke bulan?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.124092 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top