Ibarat meremangkan seluruh alam, vokal tiada tandingan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memukau ramai dengan nyanyian hebat menerusi lagu Bukan Dia Tapi Aku milik penyanyi popular Indonesia Judika pada Konsert The Journey of Sound di Stadium Merdeka semalam. Anggun memakai persalinan berwarna biru, Siti meraih pujian kerana mampu mendendangkan lagu Judika yang dikatakan antara paling sukar dengan cemerlang. Tular dalam media sosial, rata-rata netizen menyifatkan Siti berjaya membawa lagu tersebut dengan versinya tersendiri. “Bahagian jerit pun senyum sahaja, rada nak menangis bila dengar. “Inilah dikatakan aura Siti Nurhaliza, berilah lagu apa pun, cemerlang! “Sedap sangat lagu ini versi Siti. Tak puas!” puji netizen. Sementara, Judika pula berjaya memukau lebih 24,000 penonton dengan menyanyikan lagu milik Siti berjudul Wajah Kekasih.
Semalam, Siti dan Judika mendendangkan lebih 30 buah lagu termasuk persembahan duet. Antaranya ialah Ya Maulai, Bukan Cinta Biasa, Ku Milikmu, Mama Papa Larang, Aku Yang Tersakiti, Hal Hebat dan Setengah Mati Merindu. Konsert The Journey of Sound yang dibawakan oleh Universe Gateway turut menampilkan Faizal Tahir pada persembahan pembuka.
|
sleepandream replied at 15-12-2024 03:30 PM
24,000 tu kalau ambik rm10 je pun dah rm240,000 satu malam...
tapi takkan rm10 je khen...
brainbiru: Dgr cerita beli numbered ticke ...
ADVERTISEMENT