KUCHING – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki terlibat dalam kejadian bunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, 26, yang dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan semalam susulan maklumat yang diperoleh pihaknya. “Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menemui mayat mangsa yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau menambah, proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan. Justeru, Mohd Farhan berkata permohonan reman ke atas suspek telah diperolehi di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini iaitu selama tujuh hari sehingga 22 Disember nanti. Sumber – KOSMO! ONLINE |
black_handbag replied at 16-12-2024 04:28 AM
ni yg kes perempuan gi jumpa jantan blind date tu kan?
edayildiz replied at 16-12-2024 02:28 PM
oh bkn bf dia eh..baru nk kenal la eh? apa mental bunuh org ni..hish seram..br nk g tgk muvie ngn so ...
black_handbag replied at 16-12-2024 04:28 AM
ni yg kes perempuan gi jumpa jantan blind date tu kan?
BungaKencana replied at 16-12-2024 03:05 PM
lps bunuh pmpuan ni, suspek siap pegi kemboja utk tgk game Harimau Malaya
ADVERTISEMENT