CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jangan buang masa, lepaskan dan jangan zalimi saya. Tindakan dia hari ini amat memualkan’ - Diana Danielle

16-12-2024 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 46487| Komen: 19

 


“Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan dan jangan zalimi saya lagi.”

Tegas dan tidak lagi berfikir dua kali, demikian antara pesanan ‘keras’ pelakon Diana Danielle muak dengan tindakan suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil kerana masih lagi berkeras untuk tidak melafazkan cerai pada sebutan kali kedua tuntutan permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 34, mahu Farid sedar bahawa rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

“Bagi saya, tindakan dia hari ini amat memualkan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Dia berangan dan tiada apa untuk diselamatkan. 

“Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk berdamai dan perbaiki tetapi dia gagal melakukannya.

“Jadi, apa perlu saya lakukan sekarang, adakah terus berharap sedangkan Sudah terlalu banyak harapan diberi. Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan kemana-mana kerana saya bulat hati mahukan perceraian ini berlaku,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.


Dalam masa itu, bintang filem Magika itu  sudah menjangkakan suaminya akan memanjangkan kes tuntutan perceraian mereka.

Ujarnya, memanjangkan lagi proses perceraian hanya membuang masa mereka berdua.

“Saya rasa dia perlu faham sudah tiba masa untuk lepaskan saya. Tiada alasan dan percubaan lagi. Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan  dan jangan zalimi saya lagi.

“Saya rasa semua ini buang masa sebab tiada apa yang akan berubah malah hidup akan diteruskan seperti biasa. 

“Saya akan hadir ke mahkamah dan mahu mendapatkan apa yang saya mahu iaitu perceraian. Ceraikan saya, itu sahaja. Saya terima semua ini, tetapi kenapa dia mahu lakukan cara ini.

“Kalau boleh kita jangan terus tambah dosa. Benda sudah tidak lagi berjalan dengan baik, dan tidak adil pada antara satu sama lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Diana juga enggan memberi sebarang komen berhubung dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Hari ini, mahkamah memerintah Diana dan Farid melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas aktor itu enggan menceraikan isterinya.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Semasa prosiding, Diana diwakili peguam syarienya Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Farid diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sebelum ini, mahkamah sama telah mengesahkan rujuk yang dibuat pelakon Farid Kamil terhadap isterinya pada tahun lalu adalah sah.

Pada prosiding terdahulu, Akberdin memaklumkan tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang panjang membuatkan Diana tekad memfailkan penceraian kali kedua terhadap suaminya itu pada 4 November lalu.

Terdahulu, Diana mengumumkan mahu memfailkan perceraian buat kali kedua menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Sebelum ini, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari.

Ketika itu alasan yang diberikan adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudian sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos 2023, namun mereka rujuk sebulan kemudian.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora kini berusia sembilan tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 16-12-2024 02:10 PM
Iols ke yang first komen...ehek ehek
Quote Barebow77 16-12-2024 02:15 PM
Patutnya jangan rujuk lansung sebelum nie..kau bagi muka acah2 bulan dan bintang menjadi saksi cinta kita berdua..so hari ni FK
ayam2kan je ko wahai DD..memualkan @ tak ngko jugak yang hadap..tak sapa paksa pon..
Quote ezacbee 16-12-2024 02:19 PM
FK bersongkok siap lilitan reben tu dah kenapa? Berkabung ke?
Quote L.U.S.M 16-12-2024 02:22 PM
Ni lagi sekor retis bodoh..

Laki tu xminta pun rujuk tp ko yg beriya nk rujuk lepas diceraikan siap ajak dia jumpa bagai..pdhl sendiri yang ckp dh shiqaq etc..

Bodoh punya DD
Quote lanacondor 16-12-2024 06:36 PM
Buat mcm kwn meolz. Laki xnak cerai. Dia buat tebus talak. Bayar sejumlah Wang dekat suami supaya suami lafaz cerai. Kwn meolz dlo bg 10k je. Laki kaki mendadih mcm ni la. Siap kene pukul masa mengandung.
Quote siasia 16-12-2024 09:18 PM
Pengajaran buat DD
Lps ni dah jatuh talak, jgn u-turn lagi
Quote noor2 16-12-2024 09:27 PM
Depa dah duk asing2 ke laki bini?
Quote nono86 16-12-2024 09:44 PM
Hmmm, bende gini yang aku tak mau, dah talak orang pegang.. baik membujang tak payah buang masa
Quote cm_vungtau 16-12-2024 10:04 PM
Entahla dik. Aku malas nak komen lelebih kang komen beria korang rujuk balik pulak
Quote Maroon_nerds 16-12-2024 10:04 PM
Bercerai thru google meet cam meeting ek.
Quote Ayda89 16-12-2024 10:19 PM
Takde maruah ek fk. Bini dah taknak, hina macam2 pun masih taknak lepaskan. Percaya la fk lepas ko bercerai ramai je perempuan2 bodo akan beratur nak jadi bini ko siap nak spedo lagi. Lepaskan jela dd tu
Quote Carcosa 16-12-2024 11:04 PM
Aku meluat tgk 2 ekor ni. Dahla dua2 nmpk busuk.
Kang mekak sana sini mual lah, loya lah, mutiara bergetar kehausan, mulalah call si muka kawah bulan tu. Kang kena usap2 cikpit, u turnnnn lagi buat kali ke2. Main2 kawen cerai mcm main pondok2. Si kawah plk, dah tua nak mampos pun sebokla mendadih. Mcm ni punya taik dadih, antar tembak je abis cerita. Useless betul lakibini ni. Sampah Malaya.
Quote MissVixen 17-12-2024 01:43 AM
Menyampah la, benci la... Dulu kau yang jilat ludah balik. Sampah sarap didi ni. Entah2 raya tahun depan dah rujuk balik.
Quote azimie 17-12-2024 01:56 AM
teringat kali pertama dulu farid ckp dd nak alphard , ungkit bab brg kemas terus farid tu turuti bawak sgala ke mhkamah sessi memujuk DD pon uturn rujuk..

ntah2 kali nie merajuk xdpt rumah kot sbb tu ari ada DD ulas xbeli umh sbb rumah di mlysia mahal ..
Quote DARSITA 17-12-2024 03:48 AM
lanacondor replied at 16-12-2024 02:36 AM
Buat mcm kwn meolz. Laki xnak cerai. Dia buat tebus talak. Bayar sejumlah Wang dekat suami supaya su ...


Ada yang sya kenal suami tak nak cerai tapi orang jabatan ugama ckp dgn si suami .. lepaskan la. Dosa yang dia buat (si isteri) buat tak akan bersangkutan dgn awak. Si suami ugama tak tinggi + penagih maka dia lepaskan la si isteri itu tadi.


Quote razzia 17-12-2024 06:11 AM
trs muka dd kt sini nampak
amac acim gov.ms first cerai p mahkamh kurus n cun lg
Quote cm_vungtau 17-12-2024 07:19 AM
Kosser aku si DD ni pun. Ko nak cerai ko pulangkan la duit dan barang2 yang Parit kasik sampai ko uturn hari tu. Kosser aku
Quote zeetot 17-12-2024 09:17 AM
Video tt iv si fk ni ya ampunnnn mmg mereng eh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.245240 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top