CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir umum 'bersara' sertai program realiti, Famili Duo musim keempat (FD4) menjadi program realiti terakhir

16-12-2024 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 47062| Komen: 19

 


Penyanyi Shiha Zikir mengumumkan Famili Duo musim keempat (FD4) menjadi program realiti terakhir disertainya.

Mengulas lanjut, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata keputusan itu dibuat kerana sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan tekanan disifatkan sebagai cabaran terbesar buat dirinya.

"Keputusan tidak mahu lagi menyertai program realiti dibuat sebelum saya masuk Famili Duo lagi. Rasanya saya sudah keluarkan semua idea hingga capai satu tahap saya jadi tepu dan penat nak kerah otak untuk cari idea.

"Untuk masa akan datang, saya tidak tahu. Tapi, buat masa sekarang, inilah yang rasakan. Keluarga memahami keputusan saya kerana mereka tahu saya berjiwa pejuang.

"Kalau buat apa-apa, saya tidak main-main. Disebabkan itu saya jadi penat kerana terlalu komited dengan sesuatu kerja itu," katanya kepada BH Online.

Antara program realiti pernah disertai Shiha sebelum ini termasuklah Akademi Fantasia, Mentor, Dangdut Academy Asia, Muzikal Lawak Superstar dan Dansa Dan Sing.

Meskipun tidak lagi mahu menyertai program realiti, namun penyanyi lagu Kalam itu berkata, karier seninya masih berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, kata Shiha, dia akan memperlahankan pecutan kerjaya nyanyiannya kerana mahu menumpukan perhatian terhadap kerja di balik tabir.

"Saya kini sedang mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan sebagai penyanyi. Selain berbakat besar, mereka ini juga hendaklah tidak terlalu mengejar populariti.

"Saya mencari mereka yang nak masuk industri kerana minat dan bukan sebab nak popular. Kalau sebab nak mengejar populariti, bimbang juga mereka akan berhenti separuh jalan kalau tak dapat apa yang diimpikan," katanya ketika ditemui pada sidang media FD4 pentas akhir di Studio 1, Glenmarie, di sini, malam tadi.

Pada acara itu, Shiha dan kakaknya, Ieda Zikir dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 16-12-2024 02:40 PM
tahniah
Quote pembacagosip 16-12-2024 02:47 PM
shiha produk mentor banyak kat tb 3 sukui so no syatuuu
salma produk mentor walaupun sendu di pagi hening vokal bagus so no 2
tomok tu bukan dari kelahiran 3suku jadinya dapat la no 3

tu hipotesis kitaaaaaaaa je huhuhuhu
Quote Suci_Murni 17-12-2024 10:25 AM
skg cakap x nak jon... nnt dapat offer masuk gegar vaganza, masked singer jgn nak karang ayat pemenat suh plak..
Quote tobobon 17-12-2024 10:33 AM
pembacagosip replied at 16-12-2024 02:47 PM
shiha produk mentor banyak kat tb 3 sukui so no syatuuu
salma produk mentor walaupun sendu di pagi h ...

tomok tu "kelahiran" tb3 suku jugak chuolss...heols kan juara one in a million season 3 kat 8tv dulu..oklah kan bwh tb3 jugak
Quote BungaKencana 17-12-2024 10:34 AM
Suci_Murni replied at 17-12-2024 10:25 AM
skg cakap x nak jon... nnt dapat offer masuk gegar vaganza, masked singer jgn nak karang ayat pemena ...

sbb famili duo ni kne berlakon & nyanyi kan.. tu dia stress agaknye.. kalau stkt GV tu nyanyi je cuma fkr props ms nk nyanyi je.. tp i nk juga tgk dia masuk GV
Quote bintangct 17-12-2024 10:47 AM
pembacagosip replied at 16-12-2024 02:47 PM
shiha produk mentor banyak kat tb 3 sukui so no syatuuu
salma produk mentor walaupun sendu di pagi h ...

sedap ke dia nyanyi.. ntah la iols mmg xkenan dgn shiha ni
Quote MistrezHermanaz 17-12-2024 10:54 AM
BungaKencana replied at 17-12-2024 10:34 AM
sbb famili duo ni kne berlakon & nyanyi kan.. tu dia stress agaknye.. kalau stkt GV tu nyanyi je c ...

cumanya dia masih relevant dlm industri..so xla kot dia masuk gv dlm masa beberapa tahun terdekat ni..mawi tu boleh kot
Quote BungaKencana 17-12-2024 11:02 AM
MistrezHermanaz replied at 17-12-2024 10:54 AM
cumanya dia masih relevant dlm industri..so xla kot dia masuk gv dlm masa beberapa tahun terdekat  ...

haa betul, mawi kne masuk GV dulu baru buat konsert.. BBNU tak kenal mawi ni sape..
Quote Hoola 17-12-2024 11:13 AM
retis muka pertandingan reality..
tomok
shila amzah

cuba la kuar single plakk
Quote red_velvet 17-12-2024 11:25 AM
Kakak sheols ieda zikir tu penyanyi ke sebelum ni? Ke pelakon? BTW bagus la nak bersara dari bertanding.. Adik beradik suara ctdk, bosan....
Quote IRZeeBuk 17-12-2024 11:28 AM
Aku tengok persembahan last je...
Yang ade shiha bersillat tu..
Bagi aku persembahan tu mantap
sharp je.. penuh semangat..
Quote September14 17-12-2024 12:33 PM
Bagusla sbb suara x sedap jnis beso mengumam mcmtu

Tomok pun boleh la stop nynyi bagai nak putus urat tp suara ttp nan hadoooo…. Gaya je blebih2 meluat tingok

Idayu salma smua tu nsb baik x lps oiam, tp alina hsan tu dah pngkt nenek buat apo lagi nk mlalak2.. ckup2 lah tu
Quote MistrezHermanaz 17-12-2024 02:22 PM
September14 replied at 17-12-2024 12:33 PM
Bagusla sbb suara x sedap jnis beso mengumam mcmtu

Tomok pun boleh la stop nynyi bagai nak putus ur ...

eh oiam yg 2024 ke..sbb nya ritu tgk kt tv3 mcm ada idayu tau..x lepas eh dia..pastu nmpk jasper yg pernah join all together now tu x lepas jgk, sbb dia masuk as berkumpulan..jasper tu suara mantap juga
Quote pembacagosip 17-12-2024 02:57 PM
bintangct replied at 17-12-2024 10:47 AM
sedap ke dia nyanyi.. ntah la iols mmg xkenan dgn shiha ni

sama la
biasa je lunak2 gitu la
tapi dia sampai masuk AJL walau lagu ntah apa2
kabel kuat tibi 3suku
Quote sleepandream 17-12-2024 03:03 PM
ada lagi ropernye org layan rancangan nyanyi2 tv3 ni yach... lol
Quote Rhyno 17-12-2024 05:30 PM
September14 replied at 17-12-2024 12:33 PM
Bagusla sbb suara x sedap jnis beso mengumam mcmtu

Tomok pun boleh la stop nynyi bagai nak putus ur ...

iols pelik kenapa Idayu tak dapat masuk Top 32............
Quote Rhyno 17-12-2024 05:31 PM
OIAM tahun ni iols sokong Dhania....sheols naib juara Bintang RTM tahun ni....

[youtube]y8Aav-sm9f8[/youtube]
Quote jihah_kudat 17-12-2024 05:51 PM
Suci_Murni replied at 17-12-2024 02:25 AM
skg cakap x nak jon... nnt dapat offer masuk gegar vaganza, masked singer jgn nak karang ayat pemena ...

aku rasa dia bakalan masuk the hardest kalau ada musim ke 2..she pun sejenis ayda jebat jugak jenis all out buat persembahan..aku teringin nak tengok ayda shiha dgn tomok satu pertandingan sebab masing2 jenis all out bila bertanding..
Quote jihah_kudat 17-12-2024 05:53 PM
bintangct replied at 17-12-2024 02:47 AM
sedap ke dia nyanyi.. ntah la iols mmg xkenan dgn shiha ni

menyanyi okay je aku suka lagu dia irama tu..
tapi jgn bagi dia mengacara dgn berlakon sebab over
sampai sekarang aku rasa ketawa dia dibuat2..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.224468 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top