CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) siasat pegawai polis tunjuk isyarat lucah, mangsa diminta tampil lapor

16-12-2024 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48256| Komen: 14

 


KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sudah memulakan siasatan terhadap anggota polis yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata wanita terbabit diminta tampil dan membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, JIPS sendiri sudah memulakan siasatan berhubung insiden itu.

"Namun, mangsa diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.

"Selain itu, jika ada mangsa lain yang mengalami insiden sama dengan pegawai terbabit turut diminta tampil dan membuat laporan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dijalankan dengan teliti dan telus berhubung insiden itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di ibu negara.

"Siasatan dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu," katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi media sosial Instagram oleh seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya, ketika wanita itu sedang mengambil gambar dalam satu protes mengenai hak asasi manusia di sini.

Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.

Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 16-12-2024 02:46 PM
spesis budak kelas belakang ke? mcm retard pun ada gak sampai nak kena buat isyarat mcm tu? euww jiks!
Quote riyadhK 16-12-2024 03:33 PM
Setakat peliq 2b je pon.
Quote hokeypokey 16-12-2024 04:07 PM
jijik la tunjuk perangai huduh waktu tgh pakai uniform
Quote hyie 16-12-2024 04:20 PM
macam helok jualah heshe, namun sebagai justifikasi, semoga ada fonen sundels yang merogol heshe sebagai pengajaran..gaytohhhh
Quote zorrro_03 16-12-2024 04:24 PM
ini masalahnya.  nak laporan apa lagi.  orang kalau dah kena ke depan, tentu depa takut apa2 ancaman.  sebab polis ni kalau jenis jahat, dia punya level, iblis pun kalah tau.  

maksud aku polis majoritinya baik.  hanya sebilangan kecil yang hati dajal.
Quote slavehunter 16-12-2024 04:26 PM
One guy told me, if the man ask for b.j..... its the sign of a lazy man.
Betul ker?

I despise lazy man.
Quote prettyuglybabe 16-12-2024 04:43 PM
zaman segala benda viral ni, kau berani la nak main-main..
Quote theotherfriend 16-12-2024 09:28 PM
Iols tengok Subuh tadı gambar ni. Iols tak paham apa yang lucahnya. Ingat kan dia tunjuk isyarat “banyak cakap” naif tull
Quote kaedahnya 16-12-2024 09:31 PM
hyie: macam helok jualah heshe, namu ...

tengok gambaq kat twitter macam stok stok mulut hitam hisap surya jah
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2024 09:32 PM
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2024 09:33 PM
mari bersopan santun



[youtube]2xV--vCSG3c[/youtube]
http://youtu.be/2xV--vCSG3c
Quote kaishi 16-12-2024 09:46 PM
kat tempat aku cari rezeki
ada sekor polis
hari hari dia datang.
siapa ambil barang dia ( dia jual soft toy) sure akan kene mcm2 la. siap baru ni dia keluar ayat "korang kene tunjukkan kesetiaan kat aku, baru blh aman2 kat sini"
hari hari dia dok tunggu barang dari pagi bawak ke malam.
mmg dasar makan gaji buta.
senang ckp semua kene bagi laluan kat dia la.
aku pon kumpul semua gambar2 dia yg hari hari ke sana tu buat bukti.
Quote kitaserupaaa 16-12-2024 10:40 PM
theotherfriend replied at 16-12-2024 09:28 PM
Iols tengok Subuh tadı gambar ni. Iols tak paham apa yang lucahnya. Ingat kan dia tunjuk isyarat “ ...

Aku pun tak faham sbb bila aku tgk gambar tu, mcm gesture tgh karok pun ye juga. Or tengah batuk sambil pandang orang lain
Quote Carcosa 16-12-2024 10:57 PM
Byknye acik2 porom yg naive. Kihkih.
Mmg dia buat aksi BJ. Kwn dia dkt sebelah dia pun gelak. Kat X gambar tak pixilated.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.087680 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top