CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jatuh dari pentas, Ismail Izzani tak boleh menari 6 bulan

17-12-2024 08:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39067| Komen: 47

 


Jatuh dari pentas semasa melakukan persembahan pada Oktober lalu, penyanyi Ismail Izzani mengakui mempunyai masalah pada lutut kirinya.

Susulan itu, Ismail atau nama lengkapnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 23, tidak boleh melakukan gerakan tarian lebih kurang enam bulan sepanjang tempoh pemulihan.

“Ada masalah pada lutut kiri saya yang dikenali sebagai ‘meniscus tear’ tetapi belum buat pemeriksaan lanjut.

“Saya akan buat pemeriksaan selepas ini. Doktor pun nasihatkan saya tidak boleh menari untuk tempoh pemulihan kira-kira enam bulan.

“Dalam masa sama, saya kena buat beberapa senaman untuk kuatkan balik kaki,” katanya kepada Kosmo! Online.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Luar Biasa yang ditemui semasa sidang media The Impiano Experience 2.0 Ismail Izzani di Aquaria KLCC memutuskan untuk bertemu pakar selepas merasakan sakit berpanjangan.


“Masa kejadian saya ingat tidak serius tetapi selepas tiga minggu, kaki saya masih sakit.

“Otot pada kaki kiri saya pula lebih kecil berbanding kaki kanan. Itu yang buat saya risau sebab kaki nak pakai lama.

“Saya pula banyak bergerak. Jadi, saya memang akan buat pemeriksaan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Ismail terjatuh dari pentas semasa mengadakan persembahan pembukaan untuk konsert Rema Live In KL.


Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silampumeja 17-12-2024 09:04 PM
Kalau ada socso bleh claim socso ni.... Accident waktu bekerja....
Quote nonymous 18-12-2024 06:57 AM
lagu he yg Sabar bagi iolls sgt best, single Bidadari dan Demi Kita pun ok, music video dia sumer cun. Napa skg dia kureng dah nyanyi.
Quote heythere123 18-12-2024 12:54 PM
kalau ko bersara pon takpe dik
Quote gideoncross 18-12-2024 10:27 PM
Bukan yg hri tu kissed pompuan kat night club ke ni? Pstu damaged control, gi luar negara kjp lol
Quote sharlenetexas 18-12-2024 10:29 PM
Muda lagi ko dik. Jagalah lutut tu. Tambah2 kalau ada meniscus tear ke, ligament tear ke. Masa kat fisio dulu ada budak ssbj dia kata kepala lutut dia keluar dari soket. Masa tu iols duk imejin macamana doktor ortopaedik betulkan.


Quote sharlenetexas 18-12-2024 10:30 PM
Ri tu sape tu, bella dowana dah operate ke lutut dia?


Quote Hoola 18-12-2024 10:44 PM
ada tak bideo jtuh pentas tuuu
aduh
Quote sleepandream 19-12-2024 04:41 PM
tak viral pun video heols jatuh tu? iols tatau so tak viral
Quote rosmahisham 21-12-2024 05:33 PM
Tahniah dpt bapak tiri baru.
Quote sharlenetexas 21-12-2024 05:45 PM
rosmahisham replied at 21-12-2024 05:33 PM
Tahniah dpt bapak tiri baru.

Mak dia kawin dgn sape?

Quote exclusive_vvip 21-12-2024 05:50 PM
rosmahisham replied at 21-12-2024 05:33 PM
Tahniah dpt bapak tiri baru.

laaa, parents dia bercerai ke?
Quote sukacactus 21-12-2024 06:01 PM
Edited by sukacactus at 21-12-2024 06:03 PM

IMG_2167.jpeg
rosmahisham replied at 21-12-2024 05:33 PM
Tahniah dpt bapak tiri baru.


Haah ada tgk kat explore td
Mcm muda je bapak tiri dia
Quote lotionmilo 21-12-2024 06:07 PM
Cantik mak heolss
Quote sfrnna 21-12-2024 06:15 PM
Takda apa nak buat tu p la belajar apa yg patut. Kahkahkah
Quote ezacbee 21-12-2024 06:20 PM
Mak dia dah kawen lain kann.. Ringan jodoh. Tapi mua dia.. Adoyai
Quote rosmahisham 21-12-2024 06:35 PM
sukacactus replied at 21-12-2024 06:01 PM
Haah ada tgk kat explore td
Mcm muda je bapak tiri dia

Mcm 30an je awal 40an kot..hi hi
Quote rosmahisham 21-12-2024 06:36 PM
exclusive_vvip replied at 21-12-2024 05:50 PM
laaa, parents dia bercerai ke?

Ye sis..baca kat porem ni jgk..bpk mael kawen baru masa tu.
Quote rosmahisham 21-12-2024 06:38 PM
Edited by rosmahisham at 22-12-2024 12:45 AM
sharlenetexas replied at 21-12-2024 05:45 PM
Mak dia kawin dgn sape?


Ada porumer tepek picca sis
Quote sharlenetexas 21-12-2024 07:19 PM
rosmahisham replied at 21-12-2024 06:38 PM
Ada porumer tepek picca kat bwh sis,MUA katanya..

Ingatkan dato ke tan sri ke.


Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.381055 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top