CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Masa lahir tak bernafas 8 saat, oksigen lambat sampai otak’ - Shuib

18-12-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21852| Komen: 44

 


Pelawak dan usahawan Shuib menjelaskan tangan kanan anak bongsunya dengan Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan kurang berfungsi disebabkan dilahirkan tidak cukup bulan.

Menyedari ramai yang bertanya, Shuib, 40, berkata, selain tidak cukup bulan, Ayash yang kini berusia empat tahun juga tidak bernafas selama lapan saat ketika dilahirkan.

“Ramai yang bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash ini, sebenarnya disebabkan dia dilahirkan tidak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.

“Doktor yang sambut ketika Ayash dilahirkan beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru.

“Disebabkan itu, oksigen lambat sampai otak selain ada kesan calar di belakang otak, jadi pada awalnya sebelah tangan tidak begitu berfungsi,” katanya salam siaran langsung TikTok.

Tambahnya, hal tersebut turut memberi kesan kepada pergerakan Ayash termasuk caranya berjalan namun bersyukur anaknya semakin menunjukkan perkembangan yang positif.


“Alhamdulillah, sekarang tangan kanan dia sudah kerap bergerak. Dulu tangan dia asyik genggam sekarang sudah mula terbuka sedikit.

“Masa usia dua tahun pun, cara berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.

“Walaupun dilahirkan tak cukup bulan, Ayash memiliki otak yang sangat bijak dan sangat tidak menyusahkan,” katanya lagi.

Sebelum ini, ramai kerap bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash kerana sering dilihat menggenggam jarinya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 18-12-2024 08:20 AM
laaa tak perasan pula sbb selalu juga tgk live soib.. semoga ayash cepat sembuh yer
Quote misszazaz 18-12-2024 09:05 AM
Alhamdulillah ayash getting better
Quote nazzse 18-12-2024 09:26 AM
Get well soon Ayash, anak syurga ni ..

wlpon x suka bapak dia, tpi bagus jgk la bab jaga anak2
Quote melinda_kerr 18-12-2024 09:57 AM
suka tgk budak ni... comel.
Quote Kancilkering 18-12-2024 11:31 AM
banyak buat therapy …..
Quote sayawifenikmie 18-12-2024 12:25 PM
tak pernah pulak nampak dia share bawak anak dia pi terapisemoga anak ini membesar dengan sihat  
Quote gangerina 18-12-2024 12:56 PM
nampak dah aman2 kat jepun main snow harap kes court semua dah settle lah ya...
Quote immaryjane 18-12-2024 12:59 PM
gangerina replied at 18-12-2024 12:56 PM
nampak dah aman2 kat jepun main snow harap kes court semua dah settle lah ya...

Iols yakin tu duit bini rempit dia tu. Sheols skrg dh buat duit better than laki dia yg tk ketahuan keje ape.
Cita2 mase kwen dlu nak jadi tai tai, hujung3 kne keje keras gak. Nasib baik pandai cari duit
Quote gangerina 18-12-2024 01:00 PM
immaryjane replied at 18-12-2024 12:59 PM
Iols yakin tu duit bini rempit dia tu. Sheols skrg dh buat duit better than laki dia yg tk ketahua ...

oklah tu...tak sia2 bini rempit rajin main golop dulu2.....ada gak hasil...
Quote naisyahmh 18-12-2024 01:42 PM
immaryjane replied at 18-12-2024 12:59 PM
Iols yakin tu duit bini rempit dia tu. Sheols skrg dh buat duit better than laki dia yg tk ketahua ...

Buat kerja apa bininya?
Quote silampumeja 18-12-2024 04:30 PM
Sayu je tgk ayash. Semoga Allah permudahkan ayash membesar. Jauh drpda anasir negativ
Quote aina_shaira 18-12-2024 05:32 PM
gangerina replied at 18-12-2024 01:00 PM
oklah tu...tak sia2 bini rempit rajin main golop dulu2.....ada gak hasil...

Aku pun tertanya tanya, watiek ni buat keje apa
Quote nonymous 18-12-2024 06:31 PM
membesar dengan sihat ayyash.
Quote che_yatt 18-12-2024 07:19 PM
gangerina replied at 18-12-2024 01:00 PM
oklah tu...tak sia2 bini rempit rajin main golop dulu2.....ada gak hasil...

golop tu apa chuolls… meolls noob sikit
Quote Kangkung1M 18-12-2024 08:23 PM
Edited by Kangkung1M at 18-12-2024 09:10 AM
gangerina replied at 18-12-2024 12:56 AM
nampak dah aman2 kat jepun main snow harap kes court semua dah settle lah ya...

Comel Ayash, semoga membesar menjadi anak soleh, Aamiin.

Soeb kata dia bakal kembangkan empayar perniagaan air madu ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Mekah & Madinah.

[TikTok]7449655108431875346[/TikTok]
Quote Kangkung1M 18-12-2024 08:49 PM
silampumeja replied at 18-12-2024 04:30 AM
Sayu je tgk ayash. Semoga Allah permudahkan ayash membesar. Jauh drpda anasir negativ

Soeb balik je dari Jepun dia terus ke mahkamah untuk prosiding kes cukai perkhidmatan RM1.6 juta.


[Ig]https://www.instagram.com/p/DDtNEKiyuFA/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Macam biasa ayat Soeb, "saya tidak tahu apa2", so kes bersambung ke 13 Januari depan.

‘Bubblebee bukan bawah saya masa tu’, tuduhan Shuib gagal bayar cukai RM1.6 juta bersambung 13 Januari
Sumber: https://majoriti.com.my/berita/2024/12/18/bubblebee-bukan-bawah-saya-masa-tu-tuduhan-shuib-gagal-bayar-cukai-rm16-juta-bersambung-13-januari

[TikTok]7449624644140764424[/TikTok]

Quote ARIES_23 19-12-2024 09:04 AM
che_yatt replied at 18-12-2024 07:19 PM
golop tu apa chuolls… meolls noob sikit

main golf
Quote puanbintang 19-12-2024 09:31 AM
ayash yang comel, semoga yang baik- baik aje utk kamu.
Quote DeLuna85 19-12-2024 09:41 AM
Ada juga kawan iolls mcmni. Dengan dia sekali tak bernafas. 2 minit tak silap. Alhamdulillah masih hidup sampai sekarang.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.251158 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top