PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan pemilik akaun Tiktok @ryanwong_5845 dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja dan Perdana Menteri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan semalam daripada seorang lelaki di Cyberjaya yang terlibat kenyataan dimuat naik oleh dikenali sebagai Rayyan Wong di aplikasi TikTok. Katanya, lelaki itu didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi selain berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara di pautan: “Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai pemilik akaun Tiktok tersebut semalam di rumahnya di Johor. “Kita turut merampas telefon bimbit milik suspek. Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.
Sementara itu, pemilik akaun Tiktok terbabit iaitu Rayyan Wong turut mengeluarkan permohonan maaf atas tindakannya mengeluarkan kenyataan memfitnah institusi Diraja serta pemimpin negara yang makan di sebuah restoran didakwanya tiada sijil halal. “Saya minta maaf tentang kenyataan makan di restoran tiada sijil halal rupanya ia ada. Minta maaf kekhilafan sendiri kerana tidak buat kajian lebih lanjut,” katanya. Lelaki tersebut sebelum ini memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim makan di sebuah restoran di Johor Bharu yang tidak mempunyai sijil halal. Sumber : - UTUSAN |
ultra78 replied at 19-12-2024 01:17 PM
Dah tengok video tu.. Disebabkan isu ini ada sentuh satu golongan tu maka terus jadi isu besar. Kala ...
midori888 replied at 19-12-2024 01:55 PM
kan...sebab sentuh golongan tu, terus jadi isu besar...sib baik lah dlm kubur nanti takde kasta2, ...
nikaido replied at 19-12-2024 04:03 PM
Betulke xde sijil halal? Ada org tepek ni katanya restoran tu punya
ADVERTISEMENT