CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal polis direman minta suapan RM80,000 bebas tahanan SOSMA

19-12-2024 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9031| Komen: 3

 


GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan reman seorang anggota polis berpangkat koperal selama lima hari selepas disyaki meminta rasuah berjumlah RM80,000 daripada seorang wanita.

Difahamkan, suspek meminta wang rasuah itu bagi membantu wanita tersebut membebaskan suaminya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA 2012).

Permohonan reman terhadap suspek dibuat oleh SPRM di hadapan Majistret Azlan Basri di Mahkamah Majistret George Town, hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an disyaki telah menghubungi wanita berkenaan pada 30 November lalu susulan tangkapan dibuat terhadap suami wanita terbabit.

“Menerusi perbualan telefon itu, suspek telah meminta wang kira-kira RM80,000 daripada wanita berkenaan sebagai balasan bagi mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan SOSMA.


“Suspek telah meminta wang pendahuluan kira-kira RM25,000 daripada wanita berkenaan yang kemudian membuat beberapa pindahan wang menerusi sistem pembayaran e-wallet membabitkan nilai kira-kira RM3,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, pada Isnin lalu, suspek sekali lagi telah menghubungi wanita berkenaan dan meminta wang kira-kira RM2,000 secara tunai.

“Susulan itu, wanita berkenaan kemudian menyerahkan wang kira-kira RM1,000 kepada suspek dalam pertemuan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua kira-kira pukul 2 petang semalam, sebelum ditahan,” katanya.  


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-12-2024 12:44 PM
BERHARAP pemberi rasuah bukan drp mereka yg menggundi parti pemerintah sekarang ni..memandangkan golongan2 ini..AMAT MEMBENCI RASUAH.
Quote kakigebang 21-12-2024 06:11 PM
Besar mana sgt la kuasa kopral
Quote capiloton 22-12-2024 11:12 AM
kesian korporal tu, jadi kambing hitam.

apa sangat kuasa korporal,
nak di sogok security guard,
nak bagi lepas keluar tahanan sosma.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.033238 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top