CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari depan

19-12-2024 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8151| Komen: 6


Putrajaya: Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari depan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara itu juga telah selesai proses semakan di peringkat Jabatan Peguam Negara (AGC).

"…kita sudah ada dasar pendidikan sekolah rendah yang dengan adanya dasar tersebut kita mencapai enrolmen sangat tinggi iaitu antara 98 hingga 99 peratus.

"Dan dasar pendidikan wajib sekolah menengah ini maknanya kita nak zahirkan komitmen kita untuk memastikan tidak berlaku keciciran di sekolah menengah, khususnya menengah atas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Pada 4 Disember, dilaporkan AGC sedang menyemak draf RUU untuk mewajibkan pendidikan daripada peringkat rendah hingga menengah dalam usaha memastikan setiap kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat akses pendidikan yang berkualiti tanpa mengira kepelbagaian latar belakang.


Lanjutan pendidikan wajib kepada 11 tahun persekolahan itu juga bagi memastikan murid menamatkan pendidikan menengah dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan dalam bidang teknikal dan vokasional yang diiktiraf kerajaan.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 19-12-2024 03:13 PM
Ok ada talent..bole jd tpm or pm one day
Quote kakigebang 21-12-2024 06:51 PM
Setuju

Quote bakingsoda 22-12-2024 07:56 AM
anak yennah cemana?!
Quote mijot 22-12-2024 10:35 AM
okey..yg ni setuju...
skrg ni banyak yg tak nak belajar sampai form 5 sbb boleh dpt duit dgn jd tik toker/instafemes dll..
Quote belilies 22-12-2024 10:59 AM
Hukum skali mak bapak yg kalah dgn anak yg malas nak turun skolah. Zmn camni pun wujud lagi spisis yg tahu beranak tp anak form 1 pun ko tak terkawal nak suruh turun skolah. Bengap
Quote zuuu 22-12-2024 12:02 PM
Cadangan yg baik tapi aq yakin ada je parents yg akan bantah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.117781 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top