Taipei: Seorang pempengaruh warga Malaysia, baru-baru ini ditahan polis Taiwan, selepas pada mulanya dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan di negara itu. ETtoday News melaporkan, pada 11 Disember lalu, Balai Polis Yuanlin di Daerah Changhua menahan seorang pempengaruh Malaysia berusia 31 tahun dengan nama keluarga yang sama dengan individu yang dilaporkan hilang itu. Pempengaruh sosial itu didakwa bekerja sebagai keldai wang untuk sindiket penipuan ketika lawatannya ke Taiwan. Pihak berkuasa mengesahkan, individu yang ditahan ialah orang yang sama, dikenali sebagai Hu Chang Mun, yang ditahan sejak itu. Hu dilaporkan terbabit dalam penipuan pelaburan yang menyasarkan seorang wanita Taiwan berusia 40 tahun. Wanita terbabit dilaporkan menjadi mangsa skim penipuan itu selepas menyertai 'platform pelaburan dengan keuntungan terjamin' di media sosial.
Dia mengalami kerugian kewangan yang besar dan membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu. Pada 11 Disember lalu, ketika pertemuan ketiga dengan Hu untuk menyerahkan NT$2 juta (kira-kira RM276,000), polis bertindak campur tangan dan menangkapnya di tempat kejadian. Hu yang memakai sut dan berkaca mata, kelihatan terkejut dan bingung ketika penahanannya. Pegawai terus merampas wang tunai, telefon kerja dan bukti lain yang berkaitan. Hu mendakwa dirinya sebagai seorang pempengaruh sosial Malaysia yang melancong ke Taiwan di bawah program kemasukan tanpa visa. Dia menyatakan yang dirinya tidak menyedari menjadi sebahagian daripada sindiket penipuan, mendakwa diberitahu yang dia boleh mendapatkan wang ketika dalam perjalanan, dengan penginapan percuma dan makanan disediakan. Selepas disoal siasat, polis mendakwa Hu atas kesalahan penipuan, pengubahan wang haram dan pelanggaran undang-undang perbankan. Dia masih dalam tahanan sementara menunggu siasatan lanjut. Laporan sebelum ini mendedahkan yang Hu disyaki melancong ke luar negara dengan 'lelaki misteri'. Dia menghantar mesej kepada ibu bapanya, memaklumkan mereka akan melanjutkan tempoh tinggal di luar negara, namun hilang tidak lama selepas itu. Ibu bapanya yang amat bimbang mengadakan sidang akhbar, merayu supaya anak mereka selamat pulang. Susulan pengesahan identiti Hu, pihak berkuasa Taiwan segera memaklumkan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei. Sumber – Harian Metro |
jiwasemangat: Biasanya org type C baik².. t ...
jiwasemangat replied at 20-12-2024 09:29 AM
Biasanya org type C baik².. tak buat onar kat negara orang lain. Jarang dengar kes mereka kena tang ...
Belibis replied at 20-12-2024 02:33 PM
Harap menteri pelancongan dapat tolong dia.
dua_chzy replied at 21-12-2024 10:51 AM
Tengok kat Taiwan senang2 je scammer ni kena tangkap.
APESAL DI NEGARAKUKU INI SUSAH SANGAT TANGKAP ...
ADVERTISEMENT