CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita gigit lengan anggota polis di kedai kopi

20-12-2024 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 40730| Komen: 9

 


SINGAPURA – Seorang wanita dihukum penjara 10 minggu oleh sebuah mahkamah kerana menggigit lengan anggota polis yang menghalangnya minum di sebuah kedai kopi, lapor portal berita MSNews hari ini.

Koh Chu Sing, 77, dan dua rakannya minum arak pada lewat malam di sebuah kedai kopi yang sebelum ini dijual kepada syarikat Kumpulan Chang Cheng pada harga SGD$40 juta (RM132 juta). 

Selepas polis dimaklumkan bahawa Koh dan rakan-rakannya sedang minum, beberapa anggotanya pergi ke tempat kejadian untuk mendesak mereka berhenti kerana ia menyalahi undang-undang kawalan arak untuk minum di tempat terbuka pada lewat malam.

Koh kemudian mengangkat gelasnya di hadapan anggota polis dalam percubaan yang jelas untuk meminumnya.

Apabila Koh melakukan perbuatan itu, seorang anggota polis cuba memegang gelas itu tetapi dia menggigit lengan polis tersebut.


Koh mengaku salah di sebuah mahkamah Singapura kelmarin dan dijatuhi hukuman penjara 10 minggu. – AGENSI

 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 20-12-2024 12:01 PM
negara lain pun tak boleh minum arak open2 tak berlesen..... kat sini... bersepah org minum arak luar kedai yg tkde  lesen
Quote Skuau 20-12-2024 01:05 PM
kepompong replied at 20-12-2024 12:01 PM
negara lain pun tak boleh minum arak open2 tak berlesen..... kat sini... bersepah org minum arak lua ...

nampk tak 'kebaikkan' itu satu kelemahan yg dieksploitasi dgn menyatakan ' hak2 mereka ditindas'.
Quote ColinMBowie 20-12-2024 01:14 PM
That's shameful act, how can someone do that.
Quote annehuda 20-12-2024 05:28 PM
Kalau kt malaysia polis tu yg kene kecam balik sebab sekat kebebasan manusia kekdahnye
Quote misszazaz 20-12-2024 05:33 PM
mak ai
Quote Decaffeinated 20-12-2024 07:32 PM
kepompong replied at 20-12-2024 12:01 PM
negara lain pun tak boleh minum arak open2 tak berlesen..... kat sini... bersepah org minum arak lua ...

dan 'negara lain' itu ialah Singapore, a first world country with first world mentality where this kind of behaviour is an exception. Tiada puntung rokok merata2, chewing gum is banned, polis tak makan rasuah, tiada racial kuota. Ha sambung...

Quote Miss_LoveLeen 20-12-2024 07:38 PM
Koh Chu Sing, 77, dan dua rakannya minum arak pada lewat malam di sebuah kedai kopi yang sebelum ini dijual kepada syarikat Kumpulan Chang Cheng pada harga SGD$40 juta (RM132 juta). --- motif kena bgtau info ni pada umum? Ntah apa2 la laporan berita skrg ni huhiii
Quote clueless_gamer 21-12-2024 05:32 AM
kalau dekat sini terus dipetik peruntukan pelembagaan kononnya ada jaminan nak amal budaya bangsa dia.. mabuk2 bagai ni, kang bila dah terlanggar mati org tepi jalan dan tu dia buat oku.. pastu kitol2 melayu ni tak berkutik pun bela bangsa dia sendiri.. tak dapat kena puji nanti ke?
Quote gigahertz 24-12-2024 01:06 PM
Skuau: nampk tak 'kebaikkan' itu satu kelemahan yg dieksploitasi dgn menyatakan ' hak2 mereka ditindas'.

Brunei tersenyum sinis.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.085367 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top