CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sana sini orang kutuk, caci maki anak saya’ - Abby Abadi

23-12-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34182| Komen: 98

 


Bengang dengan sikap segelintir pihak, pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan khalayak mencaci anak perempuannya dalam media sosial.

Kata Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, komen tidak beradab tersebut seolah-olah anaknya iaitu Marissa Dania menganggu dan menyakiti kehidupan mereka.

“Sana sini masih ada yang kutuk dan caci maki anak saya (Marissa).

“Cara komen kononnya diri paling tersakiti,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut menitipkan nasihat agar netizen sentiasa mengingati Allah sebelum meninggalkan sebarang komen jahat.

“Adik, kakak dan mak cik, ingat Allah banyak-banyak okey? Tak suka abaikan sahajalah wahai wanita syurga.

“Jangan biar hati membusuk, dengki dengan rezeki orang sampai buat apa pun semua tak kena,” ujarnya.


Sebelum ini, Marissa Dania Hakim yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 25 Disember tahun lalu.

Tindakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga turut mengundang kecaman netizen memandangkan Aslam sudah mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 23-12-2024 10:55 PM
DM dah register ka nikah dekat Msia?
Quote orkid_amani 23-12-2024 10:55 PM
DM dah register ka nikah dekat Msia?
Quote sharlenetexas 23-12-2024 10:55 PM
Jagalah anak elok2.


Quote shida81 24-12-2024 12:04 AM
Dah ko yg menjaja kisah ank ko... Pastu nk salahkan netizen.. Dah mmg netizen kejenya menggosip
Quote Zeelalala 24-12-2024 12:14 AM
Kalau aku jadi marissa cantik ni, baik cerai je dgn si kapal selam takde pekdah tu. Ramai lagi lelaki matang berkualiti kaya raya kat luar sana menanti. Janji jgn jadi bini bernombor. Aman hidup
Quote katakauu 24-12-2024 12:31 AM
Adakah ini ura
Ura bakalan meninggalkn atau ditingalkan
Tapi kenapa yebi marah
Yebi yg jaja
Tp mmg kesian yebi sbb yebi baik juga hatinya walau mulut hangsuang
Quote BellaThePrinces 24-12-2024 08:57 AM
aman damai memey sekeluarga bcuti ke Korea tanpa ada kelibat Bakyah...

Quote ezacbee 24-12-2024 08:58 AM
Ada lagi ke orang amik tau hal family ni.

Quote dekmieDandy 24-12-2024 09:03 AM
bukan dia sendiri ke yang start mengutuk tu.?
Quote NazRysha 24-12-2024 09:07 AM
sebagai mak kau yang bodoh
kau yang buka ruang orang kecam anak kau
Quote helicornia 24-12-2024 09:14 AM
tak abis2 lagi abby
mcm org banyak sgt masa nak belek hal anak ko
anak ko tak penting pun kpd masyarakat
Quote nutcrack8 24-12-2024 09:26 AM
Out of topic sat, da kurus ye yebby skang..
Quote cicicumel 24-12-2024 09:26 AM
Marisa ni lps kawin mcm hilang seri..x secantik zaman bujang..same goes tu Mira Filzah...dulu cute gila..skrg alahai...
Quote syamzana 24-12-2024 09:27 AM
Zeelalala replied at 24-12-2024 12:14 AM
Kalau aku jadi marissa cantik ni, baik cerai je dgn si kapal selam takde pekdah tu. Ramai lagi lelak ...

kalau dia nak bercerai takkan la beria nau menikoh sampai ke songkhla nun, tipu makayah bagai.
jgn plak dia aman damai jd the only one sudah

padan la anak jd mcm ni, makayah dia mmmm...semua org salah
Quote jebatmaspunyer 24-12-2024 10:55 AM
Budak tu dah kawen. Daftar ke tidak kita toksah dok sibuk. Pandailah dorang. Dah jadi dewasa dah pun. Tak perlu nk doakan cerai ke apa. Jodoh even takdir yang dipilih, bila dah sah, dah x boleh nk reverse, dah x boleh nk cerai sesuka hati. Kalau betul lakinya tak mampu berpoligami, dosa tu lakinya tanggung. Tak berkait dgn org lain.

Netizen ni ignore jer lah. Buat apa menambah dosa pi sakitkan hati Marissa tu. Berbaloi ke berdosa sedangkan perbuatan dia y x effect pun netizen. Mak dia pun dah maafkan dia.
Quote ekselen 24-12-2024 11:16 AM
Edited by ekselen at 24-12-2024 11:17 AM

tak abih lg ke netizen ni pun.. udah2 la nk buat dosa kering.. dh nk masuk thn baru apo nk kisah hal hidup org xde kena mengena.. biar lah dia hidup mcm mana yg dia nak.. kalo x mampu nk doa baik2 utk dia, dok diam2 je lah.. kot mencaci org byk sgt..anak ngkorang plk buat benda yg sama.. yelah dah semua ckp mcm terpaling x penah buat dosa.. netizen bangang otak letak lutut, xcaya takdir qada dan qadar.. it's her life not yours!!
Quote cikpah27 24-12-2024 11:34 AM
nasib lerr.. memey yang kena time zaman urtv pun sampai sekarang orang mengata.. inikan pulak yang dari zaman tiktok
Quote linb 24-12-2024 11:39 AM
Masih ada orang dok kutuk ke? Bukan dah sendu ke...
Quote Samerosie 24-12-2024 11:42 AM
Bukan ke dia yg start dulu, sekarang nak suruh orang tutup mulut, gimana gitu acik abbie?  Dah nak masuk tahun baru, orang pun dah nak lupa tiba2 kau up balik, orang sambung le balik kecam.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.097254 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top