Selebriti dan usahawan popular, Wawa Zainal menafikan dakwaan netizen kononnya untung bersih perniagaan diusahakan bersama suami, Aeril Zafrel berjumlah RM40 juta. Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 33, sebaliknya berkata, memang menjadi kelazimannya membayar zakat perniagaan ‘ekstra’ kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). “Tak pun (jumlah RM40 juta) cuma memang nak bayar lebih,” ujar Wawa. Untuk Info, peniaga wajib membayar kadar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilaian harga kesemua barang yang dijual atau perkhidmatan yang dikenakan bayaran pada tarikh cukup haul. Menurut Wawa, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan. “Rezeki yang diperoleh ini bukan hanya milik kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang lebih memerlukan. “Zakat adalah salah satu cara untuk membersihkan harta dan pada masa yang sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan,” katanya.
Sejak ditubuhkan pada 2016, syarikat yang diusahakan pasangan suami isteri iaitu Wawa Cosmetics sudah berkembang pesat dan menjadi antara jenama kosmetik digemari ramai di Malaysia. Tahun lalu, Wawa dan suami membayar zakat perniagaan sebanyak RM1.15 juta kepada LZS sementelah dua tahun sebelumnya, mereka melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
slyfynx replied at 24-12-2024 12:16 PM
So kesimpulan, jadi cantik, jadi retis
X yah belajar susah2
Orng terus percaya je cosmetics.
slyfynx replied at 24-12-2024 12:16 PM
So kesimpulan, jadi cantik, jadi retis
X yah belajar susah2
Orng terus percaya je cosmetics.
Kitty_catz replied at 24-12-2024 05:28 PM
mmg tak
sekian
ADVERTISEMENT