CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang duduk di bahagian belakang selepas sayap pesawat mempunyai kadar tertinggi untuk selamat iaitu 69 peratus - Kajian

30-12-2024 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39951| Komen: 32

 

PETALING JAYA – Kajian National Transportation Safety Board Amerika Syarikat mengatakan, penumpang yang duduk di bahagian belakang selepas sayap pesawat mempunyai kadar tertinggi untuk selamat iaitu 69 peratus.

Kajian itu juga menunjukkan tempat duduk di bahagian tengah pula mempunyai 56 peratus kadar untuk selamat manakala penumpang kelas pertama di bahagian hadapan mempunyai 49 peratus.

Selain itu, satu lagi kajian telah dilakukan sekumpulan penyelidik pada 2012 menggunakan pesawat Boeing 727 di Gurun Mexico.

Pesawat dilengkapi patung sebagai penumpang dan kamera ujian itu kononnya melakukan pendaratan cemas dan hasilnya, bahagian hadapan pesawat paling teruk terjejas, manakala 78 peratus penumpang yang lain selamat.

Pada tahun 2015, satu analisis dihasilkan oleh para penyelidik majalah Time menggunakan data 30 tahun yang dikumpul Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, dengan merujuk 17 kemalangan yang mempunyai kedua-da jumlah penumpang yang selamat dan meninggal dunia.


Kajian berkenaan mendapati tempat duduk satu pertiga paling belakang mempunyai kadar kematian paling rendah (32 peratus) berbanding bahagian tengah (39 peratus) dan bahagian hadapan (38 peratus).

Terdahulu, dunia dikejutkan dengan beberapa insiden kemalangan pesawat yang berlaku secara berturut-turut.

Antaranya ialah, nahas melibatkan penerbangan Azerbaijan Airlines yang mengorbankan 38 nyawa, ketika pesawat yang membawa 67 penumpang termasuk lima anak kapal itu terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember.

Selang berapa hari kemudian, dunia sekali lagi dikejutkan dengan nahas melibatkan pesawat Jeju Air 2216 yang mengalami masalah pada gear pendaratan menyebabkan seramai 179 nyawa terkorban.  

 
Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 30-12-2024 08:50 PM
Sis @edayildiz Mohon pilih seat belakang slps sayap ye...
Hv a safe journey ye..
Quote dua_chzy 30-12-2024 08:54 PM
Eh seblom ni aku baca artikel yang kata middle yang tinggi survival chance sebab tu rega middle seat dekat emergency exit mahal?
Quote arareez 30-12-2024 09:05 PM
dua_chzy replied at 30-12-2024 08:54 PM
Eh seblom ni aku baca artikel yang kata middle yang tinggi survival chance sebab tu rega middle seat ...

Emergency exit seat tu mahal sbb extra legroom je, bukan pasal safety sgt pun..
Quote edayildiz 30-12-2024 09:06 PM
wirazam replied at 30-12-2024 08:50 PM
Sis @edayildiz Mohon pilih seat belakang slps sayap ye...
Hv a safe journey ye..

i selalu pilih yg dkt ngn emergency exit tu ingt senang nk lompat kononnya..la rupanya plg blkg lg slmt..yg slmt tu mau trauma seumur hidup kn..yg dua crew jeju tu
Quote slavehunter 30-12-2024 09:06 PM
Edited by slavehunter at 30-12-2024 09:11 PM

Sebab bahagian Aft aircraft tu paling ringan, thats why kalau ada bomb threat atau benda yang paling suspicious tak boleh letak kat depan kena letak kat pintu belakang.
Quote slavehunter 30-12-2024 09:11 PM
dua_chzy replied at 30-12-2024 08:54 PM
Eh seblom ni aku baca artikel yang kata middle yang tinggi survival chance sebab tu rega middle seat ...

Middle seat kat emergency tu mahal bukan sebab chances survival tapi sebab leg area yang luas, emergency exit tu anytime crash or any incident senang jer kena block tetap tak boleh keluar ikut tingkap tu.
Quote Weller 30-12-2024 09:17 PM

ni satu

[youtube]Kec7guNWhNU?si=wBvoZKXO6Hua_U-Y[/youtube]




ada lagi sorang kata safety shows mana yang safe is based on how the plane accident. video tak jumpa pulak. tengah rabbit hole air safety. huhuhu
Quote ninja boy 30-12-2024 11:20 PM
Kalau naik pirate swing ride duduk tengah2 oo, perut mengeletek xde teruk sgt sama la naik flight time tubulance
Quote penmerah 30-12-2024 11:56 PM
Dari dulu mmg tak berani naik katebang ujung tahun sbb cuaca sejuk kadang2 flight delayed, turbulence
Akak selalu pilih seat depan sbb deplane awal
Tak suka bhgn belakang dekat dgn toilet, takut terganggu bauan dan org ramai dok Q

Naik flight mmg samada zikir atau tidur jah
Lenlain serah pada Allah yang Maha Kuasa
Quote grouper 31-12-2024 12:18 AM
Kerusi paling selamat sofa kat rumah..
Quote venom1 31-12-2024 07:38 AM
tapi kalau duduk seat paling belakang lambat betul nak keluar bila landing hehe
Quote dua_chzy 31-12-2024 07:55 AM
slavehunter replied at 30-12-2024 01:11 PM
Middle seat kat emergency tu mahal bukan sebab chances survival tapi sebab leg area yang luas, eme ...

Aku tak dapat cari artikel tu. Tapi memang hado kajian aku baca entah legit ka idok yang katanya middle tu paling tinggi survival chance. Ni aku google, hada la pulak artikel yang kata dok depan paling tinggi survival chance. Maybe tengok la jenis crash juga.
Quote dua_chzy 31-12-2024 07:56 AM
Edited by dua_chzy at 31-12-2024 12:04 AM
arareez replied at 30-12-2024 01:05 PM
Emergency exit seat tu mahal sbb extra legroom je, bukan pasal safety sgt pun..


Baca reply #13.

Dan ni.

https://time.com/3934663/safest-seat-airplane/
Quote dua_chzy 31-12-2024 08:04 AM
slavehunter replied at 30-12-2024 01:11 PM
Middle seat kat emergency tu mahal bukan sebab chances survival tapi sebab leg area yang luas, eme ...

Ha jumpa dah.

https://time.com/3934663/safest-seat-airplane/
Quote shamsadis 31-12-2024 08:42 AM
seat belakang paling selamat, seat tengah untuk release leg kalau ekonomi kelas
Quote juruterra 31-12-2024 10:46 AM
tah la selalu naik flight mmg doa je cuak juga tp ajal maut dh tertulis. yg paling tak selamat kalau gitu is the first & business class passengers la eh...marhaen dok seat murah blkg sekali higher survival chance
Quote nazurah 31-12-2024 11:04 AM
Masuk sebelah kaki kat dalam kapal terbang ni kira dah tawakkal dengan apapun kejadian, duduk dalam tu memang berserah sepenuhnya. Hidup dan mati rahsia Allah.

Iols selagi tak keluar dr kapal terbang tu memang non stop mengaji, sebelum masuk pun mengaji.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Aamiin
Quote slavehunter 31-12-2024 11:52 AM
dua_chzy replied at 31-12-2024 08:04 AM
Ha jumpa dah.

https://time.com/3934663/safest-seat-airplane/

Surviving on aircraft ni depends pada incident tu. Bila impact kapal terpecah dua kat tengah pun ada.
Quote cmf_premierleag 31-12-2024 12:33 PM
So yg bakalan mampos ni haruslah yg duk 1st class dan business class ya

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.209963 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top