CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman RM3,000 jika langgar lampu merah mulai tahun depan

30-12-2024 10:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39698| Komen: 0

 


HANOI – Pemandu yang melanggar lampu isyarat merah dan memandu ke arah yang salah di jalan sehala di Vietnam boleh disaman antara 18 juta dong (RM3,000) hingga-20 juta dong (RM3,505) mulai tahun depan, lapor portal berita VNExpress semalam.

Denda itu meningkat  lebih tiga kali ganda berbanding hanya 4 juta dong (RM701) hingga 6 juta dong (RM1,052) ketika ini.

Pemandu yang ingkar arahan polis trafik akan dikenakan denda sama, demikian menurut perintah terbaharu pihak berkuasa.

Denda bagi kesalahan lalu lintas lain juga meningkat dengan mendadak.

Denda untuk kesalahan membahayakan keselamatan lalu lintas dan menyebabkan kemalangan meningkat daripada 400,000 dong (RM70) hingga 600,000 dong (RM105) kepada 20 juta dong (RM3,507) hingga 22 juta dong (RM3,858).

Pemandu yang ditangkap memandu dengan kaki di atas stereng akan didenda 40 juta dong (RM7,010) hingga 50 juta dong (RM8,763),  meningkat berbanding 10 juta dong (RM1,750) hingga 12 juta dong (RM2,100) pada tahun ini. – AGENSI



SUMBER: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.023550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top