CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi pesawat Jeju Air cemas, terpaksa berpatah balik gear pendaratan rosak

30-12-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40075| Komen: 6

 


SEOUL – Sebuah pesawat Jeju Air dari Seoul hari ini terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah gear pendaratan, kata syarikat penerbangan itu, sehari selepas nahas udara paling dahsyat berlaku di Korea Selatan.

Pesawat Boeing 737-800 yang terlibat dalam kejadian itu adalah model sama dalam nahas Jeju Air yang mendarat tanpa gear pendaratan, menyebabkan 179 orang terbunuh.

Penerbangan Jeju Air 7C101 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo di Seoul menuju ke Pulau Jeju sekitar pukul 6.37 pagi(waktu tempatan), kembali ke Gimpo pukul 7.25 pagi selepas masalah gear pendaratan dikesan tidak lama selepas berlepas.

“Tidak lama selepas berlepas, isyarat menunjukkan masalah gear pendaratan dikesan pada sistem pemantauan pesawat,” kata ketua pejabat sokongan pengurusan Jeju Air, Song Kyung-hoon.

Media tempatan melaporkan, seramai 21 penumpang memilih untuk tidak menaiki pesawat ganti menuju ke Jeju kerana bimbang faktor keselamatan.


Armada 41 pesawat Jeju Air termasuk 39 pesawat Boeing 737-800.

Hari ini juga, Seoul menyelamatkan bahawa pihaknya akan menjalankan pemeriksaan terhadap semua 101 Boeing 737-800 yang beroperasi di Korea Selatan. – AGENSI

SUMBER: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 30-12-2024 11:26 PM

Minggu ni dah 5 pesawat terhempas..
Latest, yg jeju Air..179 org terkorban..
Something wrong somewhere?
Ajal maut, tuhan tentukan. Takziah semua..deep condolence
Quote monreyes 30-12-2024 11:54 PM
pas ni kurang lah orang p sana...tok sah dok eksyen sangat lenkali
Quote pengecatbintang 31-12-2024 01:12 AM
adakah kebanyakan pesawat yg ada problem dalam minggu ni Boeing?
Quote pocongkiutss 31-12-2024 01:44 AM
Lain maciam
Quote cmf_premierleag 31-12-2024 05:47 AM
pengecatbintang replied at 31-12-2024 01:12 AM
adakah kebanyakan pesawat yg ada problem dalam minggu ni Boeing?

And model 737 gak...kes KLM, canada air pun sama
Quote pengecatbintang 31-12-2024 07:04 AM
cmf_premierleag replied at 31-12-2024 05:47 AM
And model 737 gak...kes KLM, canada air pun sama

la ni...

ada isu pasal quality pembuatan pesawat penumpang commercial Boeing...

AirAsia yg terhempas dlm laut beberapa tahun lepas pun Boeing jugak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.030298 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top