CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gila! Jeju Air terbang 13 kali sebelum rosak, terhempas

1-1-2025 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36295| Komen: 15|Original author: maklukpenggoda



SEOUL: Pesawat Jeju Air Co yang terlibat dalam nahas maut yang meragut 179 nyawa didapati mengendalikan 13 penerbangan dalam tempoh 48 jam sebelum kejadian.

Demikian lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik sumber industri pada Isnin, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai penggunaan berlebihan dalam tempoh yang singkat.

Boeing B737-800, yang dipercayai mengalami kerosakan gear pendaratan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad, didapati melakukan perjalanan antara Muan, Pulau Jeju dan Incheon, barat Seoul, dalam tempoh 48 jam sebelum ini.


Ia juga didapati telah mengembara ke destinasi antarabangsa termasuk Beijing, Bangkok, Kota Kinabalu, Nagasaki dan Taipei.

Pesawat itu berfungsi sebagai penerbangan sewa untuk lawatan berkumpulan yang kebanyakannya dianjurkan agensi pelancongan yang berpangkalan di Gwangju, yang menawarkan pakej perjalanan lima hari ke Bangkok untuk musim Krismas.

Penerbangan sewa dijadualkan khas berdasarkan permintaan dan biasanya diisi secara eksklusif dengan penumpang yang direkrut oleh agensi pelancongan.

Pemerhati industri menyuarakan kebimbangan sama ada Jeju Air mungkin telah memanjangkan khidmat secara berlebihan dengan menjadualkan penerbangan sewa yang berlebihan semasa musim puncak akhir tahun.

Kadar penggunaan pesawat bulanan purata tertinggi

Jeju Air dikenal pasti sebagai satu daripada kadar penggunaan pesawat bulanan purata tertinggi di kalangan syarikat penerbangan domestik.

Pesaing lain melaporkan angka yang lebih rendah, dengan Jin Air merekodkan 371 jam dan T'way Air 386 jam setiap pesawat dalam tempoh yang sama.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh mempunyai purata masa penerbangan bulanan yang agak pendek, dengan Korean Air pada 355 jam dan Asiana Airlines pada 335 jam setiap pesawat. – BERNAMA-YONHAP

Sumber : BH




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maklukpenggoda 1-1-2025 02:55 AM
[twitter]https://twitter.com/dailynaver/status/1873761006226460752?s=61[/twitter]
Quote Barebow77 1-1-2025 07:07 AM
Adakah bukan setakat pesawat je overtime..ngan pilot2 sekali overtime kerja..sebab tu tak zabar nak landing jugak even takde landing gear..keletihan dan jemu terlebih jam penerbangan ke..rasa x kuasa nak divert ke epot lain or circle arround tunggu ground crew fikir2 dulu apa yang sepatutnya depa nak prepare sebelum landing..terbaca juga katanya masa landing pun dah terlebih half runway tetap lah landing juga tanpa tayar..
Quote Decaffeinated 1-1-2025 07:45 AM
Apa yang gilanya kalau terbang 13 kali?
Quote Triple_8 1-1-2025 07:51 AM
Ingat tauke lori je cilok puspakom.
Quote Buritan 1-1-2025 08:35 AM
Decaffeinated replied at 1-1-2025 07:45 AM
Apa yang gilanya kalau terbang 13 kali?

Terpaling terbang
Quote kepompong 1-1-2025 09:24 AM
bukan ke transportation mmg macam tu.. back to back service
Quote jiwasemangat 1-1-2025 10:07 AM
Apa yg salah nya terbang 13 kali. Sebelum rosak..bukan bila tengah rosak.
Quote mejaputih 1-1-2025 10:08 AM
Dia ingat mcm manusia ke?
Quote kelana36 1-1-2025 11:47 AM
mas aku terbang MAS 737 dulu, average sehari kapal tu guna 8 sectors. so kalau 2 hari 16 sectors...  
AA punya A320 pun begitu juga..
So its normal la

Narrow body can fly more sectors compare to wide body sebab turn around  (in between sectors)dia lebih singkat..
Quote Zeatyisaac 1-1-2025 01:09 PM
2014, bot dari Jeju island Karam dan mengorbankan dua ratus lebih anak2 sekolah.
2024, Jeju Air terhempas dan mengorban seratus lebih penumpang.
Quote matamata 1-1-2025 01:24 PM
Kapal terbang ni konsep dia mmg kena sentiasa di udara (selagi tiada kerosakan)...sampaila masa nak maintenance
Quote grouper 1-1-2025 02:29 PM
Klau maintenance ikut sop ok je nak pakai bape lama pun..rocket Elon musk space x falcon 9 tu pun pakai berkali kali ok je xde apa meletop pun
Quote JohnDeSouza 1-1-2025 05:12 PM
grouper replied at 1-1-2025 02:29 PM
Klau maintenance ikut sop ok je nak pakai bape lama pun..rocket Elon musk space x falcon 9 tu pun pa ...

masalahnya kapal dok langgar tembok
Quote SalenaGomez 1-1-2025 07:19 PM
48 jam bahagi 13 routes= 3 jam…. So xde langsung break ke kapal ni. Back to back flight nya. Bawak lori pon x byk mcm ni byk trip
Quote linb 1-1-2025 07:27 PM
kelana36 replied at 1-1-2025 11:47 AM
mas aku terbang MAS 737 dulu, average sehari kapal tu guna 8 sectors. so kalau 2 hari 16 sectors...  ...

So 13x in 48 hrs tu kira normal la ya in the industry?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.065960 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top