CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Bukit Padang Jawa.1 pinggan boleh makan 3 orang.Anda nak cuba?

1-1-2025 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38813| Komen: 52|Original author: YgBenar



Penuh Pinggan Macam Bukit” – Ramai Puji Penjual Beri Saiz Hidangan Besar Kepada Pelanggan [Video]

Difahamkan, setiap makanan dijual di Nasi Bukit Padang Jawa itu berharga lebih kurang RM15 dan ke bawah.

Kedai Makan Nasi Bukit Padang Jawa Hidang Juadah Penuh 1 Pinggan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurulsunflower) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurul berkongsi beberapa juadah yang dibeli bersama keluarganya di kedai makan Nasi Bukit Padang Jawa sekitar Shah Alam.

Kebiasaannya, orang ramai akan diberi portion (saiz hidangan) seorang makan bagi setiap menu dipesan. Namun lain pula di gerai makan itu apabila peniaga memberikan makanan yang begitu banyak kepada pelanggannya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan menu nasi goreng yang dipesan dihidangkan penuh dalam satu pinggan yang besar. Kalau anda lihat sendiri, memang banyak betul makanan itu.

Nasi putih yang dipesan dan diminta dalam kuantiti separuh juga kelihatan banyak. Tidak nampak langsung seperti ia dikurangkan. Difahamkan, kebanyakan juadah di sana berharga lebih kurang RM15 dan ke bawah.

“Berat weh pinggan, makcik tu relax je,” kata Nurul di ruangan komen.

Menurut Nurul, dia berasa kenyang sehingga keesokan harinya selepas menikmati makanan itu. Alhamdulillah, nama kedai sama seperti servisnya. Restoran Nasi Bukit, hidangan pun saiz ‘bukit’.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 1-1-2025 12:24 AM
Bila kau melahap cam haiwan, lepastu memakak harga beras makin mahal macam syial.
Quote airfilterkotor 1-1-2025 12:34 AM
"Menurut Nurul, dia berasa kenyang sehingga keesokan harinya selepas menikmati makanan itu."

Tak perlu pergi lebih detail. Netijen auto-buleh nilaikan sendiri.
Quote meisapoya 1-1-2025 12:44 AM
Gila makan sorang. Kongsi 2 orang pun belum tentu habis.
Quote jasmeen 1-1-2025 02:12 AM
Bawak bawak la jaga makan dah 2025 dah ni
Quote ninja boy 1-1-2025 02:22 AM
beli buah longan kena paksa beli 3kg padahal perut muat 1kg
Quote ninja boy 1-1-2025 02:23 AM
Cakoi kosong xde jual x untung, cakoi nutella kaya cheese ada jual baru ada untung
Quote penmerah 1-1-2025 03:08 AM
Terliur tengok nasik goreng kampung Dan mee goreng basah
Nampak menyelerakan

Dah try banyak Kali buat nasi goreng kampung tapi tak sedap juga
Mungkin pemilihan beras memainkan peranan
Beli basmati 5 kilo nak setahun tak abes2
Dah habes boleh beli beras putih jasmine biasa je
Basmati ni buat nasi goreng, nasik lemak, bubur sums tak sedap
Quote downiey 1-1-2025 06:44 PM
tak pernah sekali pon terase nk cube wlaupon dkt ngn rumah.. ahhahaha
Quote pooh~key 1-1-2025 06:57 PM
penmerah replied at 1-1-2025 03:08 AM
Terliur tengok nasik goreng kampung Dan mee goreng basah
Nampak menyelerakan


Surprisingly sissy, akak pernah makan nasi lemak beras basmathi dan wow! Sedaplah sissy. Ke kau makan kat restoran tak pandai masak nasi lemak sissy?
Quote teen_angelJB 1-1-2025 07:22 PM
2kali g..
Sebenarnye pada aku gagallllll
Tempat dia Kotor la..
Sebenarnye kembang tekak nk mkn.. Tapi makan jugak la
Makanan dia oily ye..
So.. Bertahan je la ye
1st time aku g kena scam kat menu xde harga..
Pastu 2nd time kat menu dah ada harga.. Ramai komplen kot

Nasi portion mmg byk la
Tapi tu la.. Xnak repeat da
Quote syamzana 1-1-2025 07:28 PM
penmerah replied at 1-1-2025 03:08 AM
Terliur tengok nasik goreng kampung Dan mee goreng basah
Nampak menyelerakan


beras basmathi la sedap buat nasi goreng, nasi lemak, nasi minyak segala nasi la...sbb nasi tu jadi paroi/lerai (betui ke word ni?)
kalau buat bubur mmg x sedap sgt sbb beras tu still sebiji2 kene lenyek beria.
Quote orkid_amani 1-1-2025 09:20 PM
penmerah: Terliur tengok nasik goreng ka ...
beras basmati yg sedap pada aii jati pusa finest 1121. Mmg xtukaq brand lain dah. Panjang berderai elok lepas masak. Xpayah nsk rendam2 lepas cuci terus ja masak.lebihksn air. Kalau nk buat nasi goreng.. balance nasi tu masukkan dlm peti ais dulu sblm buat nasi goreng..insya Allah sedap
Quote Jitu 1-1-2025 09:34 PM
menggalakkan pemakanan yg tidak sihat dan blh menyebabkan pembaziran bila tak habis

adoi lapar la pulak tengok nak gi makan nasi la
Quote tungkai 1-1-2025 09:36 PM
Aku stick dgn prinsip makanan viral ni biasanya hauk..
Quote Decaffeinated 1-1-2025 09:45 PM
Sesuai untuk keluarga beranak ramai nak jimat kos. Kalau dah nasi menggunung sebegitu ko expect ada udang segunung dalam tu ka? Sahlah ini kedai untuk mereka yang tidak perlukan kualiti, janji nasi banyak ja.
Quote dagusengett 1-1-2025 09:46 PM
Dekat dengkil pun ada camni kan nasi gunung apa entah
Belum try lagi but beli tapau la senang nak simpan makan leftovers jimat
Quote airfilterkotor 1-1-2025 09:48 PM
Jangan² dibawah timbunan nasi itu terdapat mangkuk sup saiz-L yang diterbalikkan.
Quote sayawifenikmie 1-1-2025 09:57 PM
nampak sedap nasi dan mee goreng dia
Quote axl_bach 1-1-2025 10:42 PM
syamzana replied at 1-1-2025 07:28 PM
beras basmathi la sedap buat nasi goreng, nasi lemak, nasi minyak segala nasi la...sbb nasi tu jad ...

Tempat aku sebut seroi....

Lerai tu disebut gak relai.....

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.114545 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top