CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 maut lepas pergi konsert Pinkfish di Sunway

2-1-2025 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19665| Komen: 125|Original author: Raline

 


Empat individu maut selepas menghadiri konsert Pinkfish Countdown sempena meraikan tahun baharu 2025 di Bandar Sunway, Subang Jaya, pada Selasa malam.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Menurut beliau, empat laporan polis diterima pihaknya daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian melibatkan dua lelaki dan dua wanita warga tempatan.

"Hasil siasatan pihak polis mendapati, keempat-empat si mati telah menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember.

"Post mortem dijalankan pada 1 Januari (Rabu) dan punca kematian masih pending laboratory investigation.

"Pemeriksaan ke atas semua si mati yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun, didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan," menurutnya.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Bagaimanapun ujarnya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat Sjn Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau menghubungi pusat kawalan daerah di talian 03-78627222.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 2-1-2025 09:27 AM
Overdose ka
Quote vanilacup 2-1-2025 10:29 AM
Dah diberitahu sbg sudden death guys..
Faham2 lah mcm mana boleh terjadi...
NAnti tulis lebih akan dinafikan pulak sbb satu tu je x bersalah tapi punca lain semuanya salah hmmm
Quote Buritan 2-1-2025 10:36 AM
Dadah ke?????
Quote supernaturalee 2-1-2025 10:44 AM
od???



Quote lilacomot 2-1-2025 10:45 AM
dadih la ni...rasakan
Quote Prickford 2-1-2025 10:46 AM
Ala mesti sama kes dgn FMFA 2014. Yg 6 orang mati tu. OD kan. Yg 4 melayu masa tu sadis betul mati cara gitu. Terlalu syok sampai lupa tujuan hidup. Masa FMFA tu mmg ramai yg amik dadah. Tak tau camne leh lepas dalam tu. Mmg ramai yg missing sbb otak tak betul, sampai tak balik umah mcm merempat kat  mana2.
Quote Prickford 2-1-2025 10:49 AM
vanilacup replied at 2-1-2025 02:29 AM
Dah diberitahu sbg sudden death guys..
Faham2 lah mcm mana boleh terjadi...
NAnti tulis lebih akan d ...

Mcm FMFA 2014, dah setahun keluar la statement sbb strok haba, bukan sbb dadah. Padahal dadah bawak masuk konsert, mana boleh. Nak bawak air mineral dari luar pon kemain bengkeng, ini bwk dadah. Tangan2 orang dalam. Minta PDRM siasat organizer. Kemain ramai OD & masuk hospital sbb OD masa FMFA 2014 tu.

Quote AbukRokok 2-1-2025 11:25 AM
Prickford replied at 2-1-2025 10:49 AM
Mcm FMFA 2014, dah setahun keluar la statement sbb strok haba, bukan sbb dadah. Padahal dadah bawa ...

natijahnya 10 tahun armin merajuk dtg msia
agak agak lpas ni 10 tahun lg kot bru armin dtg msia balik  
Quote pearl.silver 2-1-2025 11:41 AM
Prickford replied at 2-1-2025 10:46 AM
Ala mesti sama kes dgn FMFA 2014. Yg 6 orang mati tu. OD kan. Yg 4 melayu masa tu sadis betul mati c ...

I igt2 lupa

Ada sorg ke 2 org bdk mati tu student uni kat pahang
Melayu pompuan..
Quote shamsadis 2-1-2025 12:03 PM
biasa overdose, kalau luar biasa tu, pelik sikit
Quote pokokmeranti 2-1-2025 12:10 PM
mati dalam keadaan bermaksiat.....semoga dijauhi dari keadaan begini
Quote pejol 2-1-2025 12:14 PM
boleh ke padankan muka org mati gini
Quote slavehunter 2-1-2025 12:18 PM
Punca kematian nanti dehydration-heat stroke-lack of oxygen or cardiac arrest.

LED light with frequency pun boleh buat cardiac arrest pada yang dah tuttt.
Quote white_musk 2-1-2025 12:20 PM
Efek baksin ke?
Quote Ai_kiu 2-1-2025 12:24 PM
Kita manusia ni akan mati dlm keadaan/cara/tempat yg kita paling suka buat...
Quote slavehunter 2-1-2025 12:27 PM
white_musk replied at 2-1-2025 12:20 PM
Efek baksin ke?

Aku rasa lebih pada dadah lack of oxygen. Bila takde proper ventilation pun boleh collapse.
Melayu ke Cina mati ni? Cina pun ramai pergi Pinkish pinkfish ni.
Quote AbukRokok 2-1-2025 12:34 PM
4 mati type M
2 survive type m dan type k

ecstacy dan fentanyl.
Quote white_musk 2-1-2025 12:37 PM
TypeM?

Sayangnya.. Raya dah la nak dekat
Quote white_musk 2-1-2025 12:38 PM
Umo 40 masih gedik tengok konsert picisan?

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039186 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top