CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Menteri Pulau Pinang sahkan Jagdeep dilucutkan daripada Lembaga PBAHB

2-1-2025 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8969| Komen: 1

 


GEORGETOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dilucutkan jawatan sebagai sebagai pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd (PBAHB).

Beliau berkata, jawatan itu dikosongkan kerana Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia.

"Oleh itu, setiausaha syarikat, dalam kes ini PBA Holdings, perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa pengarah terbabit dianggap mengosongkan jawatannya kerana tidak mematuhi keperluan kehadiran.

"Kami mengadakan kira-kira lima mesyuarat setahun dan sebahagian daripadanya beliau (Jagdeep) mungkin sedang menjalani rawatan perubatan. Namun, sebagai pengarah syarikat tersenarai, setiap individu perlu sedar akan tanggungjawab mereka untuk mematuhi keperluan statutori," katanya kepada pemberita selepas melancarkan upacara majlis pencahayaan dan pembukaan Miao Hui 2025 di Armenian Park di sini, malam tadi.


Selain kehadiran, katanya, pengarah juga kadangkala perlu mengikuti kursus berkaitan seperti Kursus Pengarah dan program berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pengarah syarikat tersenarai.

Apabila ditanya sama ada terdapat pengganti bagi jawatan yang dikosongkan, Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAHB, menegaskan bahawa tiada keperluan mendesak untuk mengisi jawatan itu buat masa ini kerana syarikat mempunyai bilangan pengarah yang mencukupi.

Kelmarin, media melaporkan PBAHB memfailkan pemakluman kepada Bursa Malaysia mengenai pengosongan jawatan Jagdeep berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Perenggan 15.05(3)(c) Kehendak-kehendak Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Di bawah keperluan tersebut, pengarah dianggap telah mengosongkan jawatannya sekiranya gagal menghadiri lebih daripada 50 peratus daripada jumlah mesyuarat Lembaga Pengarah dalam tempoh tahun kewangan.

Jagdeep, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, dilantik ke Lembaga Pengarah PBAHB pada September 2023.

Sumber – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeskotCekelat 2-1-2025 12:34 PM
Berapa orang sebenarnya anak Karpal Singh yang join politik & berjawatan GLC?  

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.224364 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top