CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Palestin mengamuk di WTKL, desak nak balik ke tanah air

6-1-2025 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17787| Komen: 80|Original author: Raline

 


Tular di media sosial rakaman memaparkan kekecohan melibatkan sekumpulan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), hingga menyebabkan beberapa peralatan perabot di lokasi itu mengalami kerosakan.

Dalam satu kenyataan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5 petang pada Sabtu.

Kekecohan dipercayai tercetus apabila warga Palestin yang terlibat mendesak untuk mempercepatkan proses permohonan mereka kembali ke tanah air.

“Pegawai dan anggota ATM yang bertugas segera bertindak untuk berbincang dengan warga Palestin yang terlibat, dan situasi tersebut berjaya dikawal dengan baik.

“Warga Palestin yang terlibat dalam insiden itu akhirnya bersurai pada sekitar pukul 7.30 malam,” katanya.

ATM menegaskan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang pergaduhan mahupun kecederaan.



Bagaimanapun, ATM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

Insiden ini mendapat perhatian ramai selepas beberapa video tular menunjukkan situasi tegang di WTKL apabila sekumpulan warga Palestin merosakkan beberapa peralatan milik WTKL.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 5-1-2025 11:31 AM
Tunggu orang2 dp palestin komen dulu
Quote sukacactus 5-1-2025 12:00 PM
Ingatkan thread ulangan, rupanya perangai buruk tu yg berulang kembali
Quote silance 5-1-2025 12:10 PM
Kalau mereka tak selesa di sini, hantarlah mereka balik. Mereka bukan macam rohingya berderet bot nak masuk waktu malam gelap.
Quote TeropongThaico 5-1-2025 12:18 PM
Ler dah org tak nak duduk sini terhegeh sgt la nak juga bela. Hagaknya deme nak kena bakar bangunan tu juga kot baru nak dilepaskan. Ni ha ramai rakyat sendiri nak perkurang subsidi yg level have2 walaupun rakyat local nak suruh keluarkan duit selagi blh. Cer bg rakyat semua peringkat happy lg baik
Quote terma2nkondisi2 5-1-2025 12:32 PM
Edited by terma2nkondisi2 at 5-1-2025 12:34 PM

berita utusan malaysia bertarikh 17 ogos 2024

Pihak tohmah kerajaan bawa, rawat rakyat Palestin ke negara ini ejen Israel- Anwar
https://www.utusan.com.my/berita/2024/08/pm-tempelak-pihak-kritik-kerajaan-bawa-balik-pesakit-palestin/

Quote Kancilkering 5-1-2025 12:42 PM
PTSD ke

ke bau fishy agenda …..
Quote blue_blur 5-1-2025 01:10 PM
kan bagus rohingya buat perangai sama macam ni..
Quote Binodino 5-1-2025 01:24 PM
Kat awani, ada mention pasal ni:

Terdapat juga warga Palestin yang memegang kertas tertulis 'No to deportion, we need to return to Egpyt'.


Kenapa nak balik mesir pulak? Ke sebenarnya yang datang tu campur2 palestinians & egyptians?

Since dorang nak mintak balik, hantar balik je la. Duduk kat WTKL tu pun terkurung jugak dorang tu. Hantar je la dorang balik.
Quote Piramida 5-1-2025 01:34 PM
"Kekecohan dipercayai tercetus apabila warga Palestin yang terlibat mendesak untuk mempercepatkan proses permohonan mereka kembali ke tanah air."

Boleh lah usahakan hantar balik.
Bkn culture mereka hidup tenang2 aman damai tenteram di tolong org kot.
Tak biasa... Gitew.
Quote Skuau 5-1-2025 02:14 PM
Edited by Skuau at 5-1-2025 02:15 PM
Piramida replied at 5-1-2025 01:34 PM
"Kekecohan dipercayai tercetus apabila warga Palestin yang terlibat mendesak untuk mempercepatkan pr ...


"hidup aman ni...bosan la bang...nanti wa giler,mental...tunjuk ANU...korang la jugok marah kang..tolong la antar wa balik"-
Quote Decaffeinated 5-1-2025 03:48 PM
Hantar balik kalau boleh kutip sekali ummah terpaling palestine tanahair ikut serta dan jangan lupa bawa sekali bendera.
Quote Decaffeinated 5-1-2025 03:50 PM
blue_blur replied at 5-1-2025 01:10 PM
kan bagus rohingya buat perangai sama macam ni..

kenapa rohingya buat bagus?

Quote AbukRokok 5-1-2025 03:51 PM
Malasia no
Malasia no
Hot.. full of malaydeshi
Quote AbukRokok 5-1-2025 03:53 PM
Baru lepas makan golden properity burger
Korang dah mkn mekdi ke?
Ke boikot lagi
Quote Decaffeinated 5-1-2025 03:54 PM
Binodino replied at 5-1-2025 01:24 PM
Kat awani, ada mention pasal ni:

Kat Mesir tu pun ada kem pelarian Palestine. Lagi susah nak control sebab rupa mereka sama, boleh blend among egyptian lebih mudah dari indon nak blend kat Malaysia.

Quote ekselen 5-1-2025 04:11 PM
Piramida replied at 5-1-2025 01:34 PM
"Kekecohan dipercayai tercetus apabila warga Palestin yang terlibat mendesak untuk mempercepatkan pr ...

diorg2 ni kan dh ditanamkan sifat biar mati utk pertahankan negara dr dijajah... diorg  xnk tgk negara diorg berkubur.. tu beza ngan puak rohingya..
Quote blue_blur 5-1-2025 04:30 PM
Decaffeinated replied at 5-1-2025 03:50 PM
kenapa rohingya buat bagus?

bukan ke palestinian tu buat hal sebab nak kita hantar dia balik negara dia? bukan nak kata, bagus dia buat kerosakan tu.
Quote Decaffeinated 5-1-2025 04:47 PM
ekselen replied at 5-1-2025 04:11 PM
diorg2 ni kan dh ditanamkan sifat biar mati utk pertahankan negara dr dijajah... diorg  xnk tgk ne ...

The only approved narative di Malaysia guna untuk membentuk sokongan terhadap agenda rasmi pemerintah. Hakikatnya yang tau ja tau.
Quote Decaffeinated 5-1-2025 04:48 PM
blue_blur replied at 5-1-2025 04:30 PM
bukan ke palestinian tu buat hal sebab nak kita hantar dia balik negara dia? bukan nak kata, bagus ...

OK, faham!

Unfortunately, circumstances mereka tak sama.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036826 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top