CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamba "badak" pemandu kereta "king" guna laluan motosikal, nak elak bayar tol?

8-1-2025 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10059| Komen: 2|Original author: Raline


 

 

PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta Perodua Myvi dengan selamba menggunakan laluan khas motosikal sewaktu melalui Lebuh Raya Shah Alam – Klang, dalam kejadian berlaku semalam.

Rakaman video perbuatan pemandu tersebut dimuat naik seorang penunggang motosikal pada akaun TikTok awinkrapkrap yang memperlihatkan kereta Perodua Myvi itu melalui jalan tersebut dan biarpun terdapat simpang keluar, dia tetap meneruskan perjalanan, namun akhirnya berjaya ditahan oleh kakitangan lebuh raya.


“Dia masuk dari Bukit Jalil. Ada mungkin elak bayar tol? Aku ikut je kau. Abang motor (pengguna lain) tu senyum je. Ada ‘exit’ (keluar) di depan. Oh tak keluar, hah masuk terowong tu.

“Lepas ke tak kau? Boleh tu, rasanya bukan pertama kali kau buat ni. Yakin betul kamu ni. Maju-maju, cuba tinggalkan aku ke. Perlahannya ‘kapcai’ aku, bukan main laju kau tinggalkan aku.

“Hah staf Kesas sampai tu. Macam nak tahan dia tu. ‘Layan’ sampai ‘exit’ Klang Lama. Tahan jangan bagi dia terlepas, staf kesas tahan ‘king’ (Myvi),” katanya pada kapsyen video.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas, selain ada yang mengandaikan pemandu tersebut berkemungkinan tersilap lorong dan tidak menyedari pada hari kejadian dia menaiki kereta dan bukannya menunggang motosikal.

“Berapa ‘exit’ dia lepas dah tu, kalau betul salah masuk, lorong keluar pertama dia dah keluar dah,” kata pengguna media sosial.

“Sejujur aku pernah lupa yang aku bawa kereta tau, selalu bawa motosikal. Sekali aku bawa kereta, pergi ‘parking’ motosikal dan baru perasan kenapa besar sangat motor ni,” komen pengguna TikTok.

“Aku pun nyaris nak masuk lorong motosikal kat tol. Dah ambil lorong paling kiri, tersedar daripada lamunan,” kata individu lain.


Sumber : KOSMO ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 8-1-2025 05:33 PM
Kadang2.. Which is jarang sgt la, guna waze, tp lupa tukaq vehicle details kt setting. Sbb bwk moto pn guna waze, time bwk keta pn pakai waze. Ada masa kalo lupa tukaq time bwk keta, waze kasi laluan moto. Pasal xtukaq info vehicle details. Pengalaman sendiri lar. Cuma tadak la sampai masuk route moto kt tol mcm ni.
Quote Inigo-Montoya 8-1-2025 07:35 PM
mesti lupa naik kereta sebab hari2 naik motor

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.079090 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top