Menerusi video yang dikongsikan semula di platform X @miss_ross3, kelihatan beberapa individu yang kebanyakannya terdiri daripada wanita sedang berusaha menghabiskan hidangan tersebut. Apa yang menjadi perhatian adalah ada di antara mereka menikmati menu itu dengan cara tergesa-gesa untuk menghabiskannya hingga ditenangkan oleh hos acara (emcee) berkenaan. Malah, ada peserta yang dilihat menggeletar tangannya kerana dipercayai cuba menghabiskan manisan itu dengan cepat. “Rileks kak rilek. Slow-slow, masa ada banyak lagi,” kata hos tersebut. Difahamkan, kesemua peserta berkenaan diberi masa tiga minit untuk menghabiskan satu mangkuk kunafa yang disaluti dengan coklat itu. Hasil semakan kami mendapati, pertandingan makan kunafa itu telah diadakan dalam satu ekspo makanan di Pantai Bisikan Bayu, Semerok, Pasir Puteh Kelantan sekitar November tahun lalu. “Ini pertandingan siapa dapat diabetes dulu ke weh? Adoi pelahap masing-masing siap tutup mulut tak tahan,” kongsi pengguna itu. Video yang telah mendapat lebih 770,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menyatakan kerisauan apabila melihat kesemua individu terbabit menikmati hidangan sedemikian. Mereka berpendapat tindakan sebegitu jika kerap dilakukan boleh menjadi punca kepada penyakit berbahaya seperti kencing manis. Malah, ada yang berpendapat pihak penganjur seharusnya tidak menjadikan kunafa sebagai menu utama dalam pertandingan berkenaan.
|
LostStar replied at 8-1-2025 02:18 PM
kunafa ni knp rasa tak sedap. mcmne la dorg makan kunafa ni berlumba2. gigih.
renko replied at 8-1-2025 02:14 PM
sejak bila org melayu cekik kunafa2 ni
padahal da berzaman kunafa yang ori masuk masa kt restoran2 n ...
dua_chzy replied at 8-1-2025 03:10 PM
Rituh meols rasa coklat dubai yang hado kunafa dalam tu.
Manis gila. Tak minat meols.
ADVERTISEMENT