Oleh : Dean BZ
Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan jolokan negara matahari terbit. Merupakan sebuah kuasa ekonomi yang terkemuka, kaya dan mampu bersaing dalam bidang perindustrian. Selain itu, Jepun juga terkenal dengan teknologi, fesyen dan sudah pastinya mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Negara ini memiliki lebih dari 3000 pulau yang terletak di pesisir Lautan Pasifik di timur benua Asia. Istilah Kepulauan Jepun merujuk kepada empat pulau besar, dari utara ke selatan, Hokkaido, Honshu, Shikoku, dan Kyushu, serta Kepulauan Ryukyu yang berada di selatan Kyushu.
Jepun juga berada di kawasan beriklim sederhana dengan empat musim. Berikut merupakan 6 tempat wajib anda kunjungi jika berpeluang ke Jepun : #6 - Jigokudani Monkey park #5 - Tokyo Imperial Palace Istana Maharaja Jepun adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi jika berkunjung ke Tokyo. Istana ini dibuat dari runtuhan istana pada zaman dulu yang kemudian dibaikpulih kembali dengan memasukkan unsur moden didalamnya. #4 - Kuil Todaiji Todaiji (Great Eastern Temple) adalah salah satu kuil paling terkenal di Jepun dan merupakan ikon di kota Nara. Bangunan kuil ini diperbuat dengan menggunakan kayu terbesar yang ada di dunia. Menurut sejarah, hampir 2.6 juta orang membantu membangunkan Kuil Buddha ini, jumlah itu merupakan hampir setengah dari warga jepun pada saat itu. #3 - Kiyomizu Dera Candi ini terletak di Kyoto Timur dan dibina sejak tahun 798. Didalamnya terdapat air terjun yang mengalir dari sungai yang ada diluar. Candi ini juga tidak menggunakan paku sama sekali. #2 - Menara Tokyo Menara Tokyo merupakan menara komunikasi dan menara pemerhati yang terletak di Shiba Park, Minato, Tokyo, Jepun. Menara setinggi 315 meter (1033 kaki) ini dibuat dengan mengambil ilham dari menara Effiel yang ada di Paris. Lebih 150 juta orang telah melawat menara ini sejak pembukaannya. #1 - Gunung Fuji Gunung ini memiliki ketinggian mencapai 3.776 m atau 12.388 kaki dan merupakan gunung tertinggi yang ada di Jepun. Gunung berapi ini menjadi simbolik dan sering diabadikan dalam foto mahupun gambar lukisan. Hampir 200 ribu orang setiap tahun akan mendaki gunung tersebut. Jom jelajah Jepun. Siapa tahu berjodohan dengan orang sana. - CARI Infonet. |
19
Bagus |
6
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Peterpan17 replied at 20-3-2016 02:03 PM
Mlm ni nak fy dah ke Tokyo. Esok pagi dr Tokyo amik domestic flight ke Sapporo.
ichi replied at 20-3-2016 10:59 PM
rindu tokyo...
misi mengejar sakura di osaka tahun depan..
@Peterpan17 jgn lupa banjer ...
Peterpan17 replied at 21-3-2016 07:35 PM
Huh!! penat giler kami hari ni. Nanti esok esoklah aku tempek gambar. Skrg ni dah nak pitam kepena ...
midori888 replied at 22-3-2016 08:52 AM
happy holiday Peter....
Peterpan17 replied at 22-3-2016 11:16 PM
Dah 2 mlm kat sini. Penat giler. Nanti senang senang barulah aku tempek gambar. Best siot kat Sapp ...
Peterpan17 replied at 21-3-2016 07:35 PM
Huh!! penat giler kami hari ni. Nanti esok esoklah aku tempek gambar. Skrg ni dah nak pitam kepena ...
Peterpan17 replied at 3-4-2016 06:39 PM
Ko tgk link ni. Aku dah tempek gambar sikit2. Skrg kami kat Tokyo dah. Last leg of our trip. 6/4/6 ...
ADVERTISEMENT