CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidup mewah, melancong luar negara rupanya banyak hutang! Hasil buat ‘content’ ciput, wanita dedah rahsia Gen Z pinjam RM50,000

9-1-2025 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23487| Komen: 5

 


DALAM kehidupan ini, tidak semua indah belaka.

Dalam era media sosial dan digital, semakin ramai dilihat mahu mengejar status dan menunjukkan kehidupan mewah.

Mereka beranggapan dengan cara itu dapat kekal relevan mengikuti trend dan menjadi perhatian para pengikut masing-masing.

Namun dalam keterujaan itu, seorang wanita tampil mendedahkan realiti segelintir individu yang terlalu taksub dengan gaya hidup mewah.

Menurutnya, ramai dilihat berharta secara luaran, tetapi hakikatnya sengek dari segi pengurusan kewangannya.

"Saya selalu perasan generasi Gen Z terutamanya remaja perempuan, hidup mereka sangat boros, sampai kita tengok pun rasa lain macam. Mereka ni usia masih muda, tapi sudah bercuti ke luar negara, merata tempat pergi.

"Produk kosmetik pula megah semuanya, itu sebab kulit mereka jadi putih mulus. Kalau soal penampilan jangan cakap la, mereka paling bergaya pemakaiannya. Kemudian aksesori lain seperti beg tangan pasti berjenama besar.


"Jadi saya terfikir, mereka ni senang betul ke buat duit? Mungkin zaman digital, buat content je dah boleh ada duit masuk, sebab itu mereka berkemampuan untuk memiliki gaya hidup yang sedemikian. Tapi ternyata saya salah.

"Apabila saya bersembang dengan kawan yang bekerja di bank, segelintir mereka tak besar mana pun pendapatan. Ramai yang berhutang keliling pinggang sehingga mencecah RM50,000. Biar betul, seram woi," ujarnya.

Tambahnya, keadaan itu membuatkannya terfikir bagaimana kumpulan anak muda ini akan melunaskan hutang-hutang mereka dengan mengamalkan gaya hidup sebegitu.

Selain berhutang, mereka ni boleh hidup mewah sebab mak ayah kaya. - WARGA MAYA

"Saya tak nafikan, zaman saya muda dulu pernah juga buat macam ni, ambil dua kad kredit serentak yang masing-masing hadnya RM15,000. Jadi saya berhutang RM30,000, itupun azab juga untuk saya nak langsaikan.

"Bayangkan kalau RM50,000 atau lebih, itu tak kira lagi jika mereka buat pinjaman peribadi. Saya faham ada je Gen Z yang bekerja keras dan pandai buat simpanan, tapi ramai juga yang mengamalkan gaya hidup sebegini.

"Kita yang fikirkan ni pun takut, boleh gelap masa depan," ujarnya mengakhiri luahan.



Menjengah ke ruangan komen, warga maya cuba turut tertanya-tanya mengenai sumber pendapatan dan kehidupan generasi Gen Z.

"Selain berhutang, mereka ni boleh hidup mewah sebab memang mak ayah kaya, semua harta diturunkan kepada mereka sahaja. Tak perlu pun nak bekerja keras, anggaplah mungkin rezeki mereka.

"Ataupun kalau cara 'kotor', mereka ni ada sugar daddy, dengan berbekalkan paras rupa jelita dan badan menggiurkan, dompet boleh jadi tebal sekelip mata," demikian antara komen warga maya.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 9-1-2025 11:44 PM
Ada kaitan dgn insta famous yg viral bg review business class aritu ke?
Quote nisako 10-1-2025 09:41 AM
ape nak jadi ni sanggup hutang
Quote doubleA 11-1-2025 12:48 AM
Secara logiknya kalau bukan anak org kaya, mana mampu travel setahun entah berapa kali kalau bukan hutang. Demi lifestyle dan flex
Quote eclipse25 12-1-2025 05:05 PM
Dia buat hutang pakai guarantee apa? Collateral apa?
Quote eclipse25 12-1-2025 05:10 PM
Ooo kad kredit pun ada. tu kalo pendapatan tinggi,  penggunaan cc 30k is nothing

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053058 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top