CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan suami isteri tular curi tabung derma kedai runcit didakwa

10-1-2025 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9031| Komen: 15

 


KOTA BHARU – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri tabung derma di sebuah kedai runcit di Pengkalan Chepa di sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Saiful Ismail, 28, yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah manakala isterinya, Nor Fatin Afiqah Shaari, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencuri tabung derma berisi wang dari kedai runcit milik Akbar Ali Alimudin, 27, di Beris Panchor, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 12.44 tengah hari pada 3 Januari lalu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 kepada Muhammad Saiful dan menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin kepada isterinya.

Mahkamah turut menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokuman. Pasangan suami isteri itu membayar denda dan jaminan yang ditetapkan mahkamah.


Terdahulu, tular video berdurasi 51 saat di media sosial pada 4 Januari lalu yang memaparkan pasangan suami isteri menaiki sebuah motosikal masuk ke dalam kedai runcit sebelum membawa lari tabung yang berada berdekatan kaunter wang di kedai runcit 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 10-1-2025 11:56 AM
Jahat.. muka xde nur. Ko susah, pergi la baitulmal. Xpon merayu je la online. Orang malaysia ni baik2. Ore kelate kan terpaling sskjp, xkan la x boleh nak tolong
Quote gorjeous 10-1-2025 12:07 PM
sihat tubuh badan lai.
Quote B40tastePosh 10-1-2025 12:18 PM
Pasangan lahabau.
Quote B40tastePosh 10-1-2025 12:19 PM
azimodin replied at 10-1-2025 11:56 AM
Jahat.. muka xde nur. Ko susah, pergi la baitulmal. Xpon merayu je la online. Orang malaysia ni baik ...

Muka tanda nur macam neelopa
Quote dubuk 10-1-2025 12:24 PM
Alololo muka Fatin
Quote TeropongThaico 10-1-2025 02:03 PM
Helpings tu...  Peghhh
Quote Kitty_catz 10-1-2025 02:18 PM
cukup sifat, badan sihat

tp memilih cari rezeki tak berkat

yihhh
Quote sayurmayur88 10-1-2025 02:32 PM
iolls nak komen tapi simpan jer laaaa...
Quote cikatilia 10-1-2025 03:14 PM
air muka tu menampakkan...
Quote toynme 10-1-2025 03:27 PM
org mcm ni yang tak patut kahwin
tak payah ada anak
ntah ape fikir pun tak tau
Quote JahLupa 10-1-2025 04:35 PM
Kot ye pun terdesak, cuba la ikhtiar cara lain..harapnye xde anak la. Kesian kat anak..
Quote syamzana 10-1-2025 04:40 PM
nak mencuri pun nape heret bini skali (iols tak sokong depa) dah dua2 kene tgkap anak kat umah caner??? kalau takde anak lg sepatutnya lakibini p la kerja retail nun kat mydin ke tesco berlambak.
Quote Decaffeinated 10-1-2025 04:52 PM
Pasangan suami isteri itu membayar denda dan jaminan yang ditetapkan mahkamah.

banyak juga collection ya mampu bayar denda dan jaminan. Biasa orang susah nak cari seribu pun seksa.
Quote PULANGKAN 10-1-2025 05:19 PM
comey la polis-polis pengiring ni. aum
Quote sukacactus 10-1-2025 05:49 PM
syamzana replied at 10-1-2025 04:40 PM
nak mencuri pun nape heret bini skali (iols tak sokong depa) dah dua2 kene tgkap anak kat umah caner ...

Kalau berdasarkan video yg viral tu, laki bini ni nampak saling bantu membantu, bekerjasama menjayakan misi

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.106983 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top