CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 mahu hubungan ASEAN-China terus diperkukuh

10-1-2025 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12490| Komen: 7

 


KUALA LUMPUR: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, mahu memanfaatkan hubungan kukuh dengan China untuk mengeratkan lagi hubungan antara negara anggota dengan gergasi Asia itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata walaupun wujud isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan, Malaysia yakin mampu memimpin negara ASEAN untuk mengelakkan konflik dengan China.

"Ya, kita sedar bahawa adanya cabaran, terdapat kawasan bertindih serta isu di Laut China Selatan. Tetapi ada diplomasi mengenainya.

"Semua negara ASEAN mengakui bahawa China adalah jiran kita. Ia sebuah negara besar, mempunyai ekonomi kukuh dan maju dari segi teknologi," katanya pada Forum Ekonomi Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Beliau adalah panel pada sesi forum bertajuk ASEAN Dynamics: Capitalising on Opportunities and Navigating Transition.


Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Malaysia tidak menganggap tindakan ketenteraan sebagai penyelesaian kepada pertikaian di Laut China Selatan, namun tetap komited untuk memperkukuhkan keupayaan pertahanannya di rantau ini.

"Kita perlu perkuatkan ketenteraan kita supaya kita dihormati. Tetapi itu bukan jawapan kepada semua masalah kita," katanya.

Beliau berkata, bagi menangani isu pertikaian ketika ini, Malaysia menggunakan dua pendekatan utama iaitu mengekalkan kehadiran di semua kawasan tuntutan bertindih dan meningkatkan kesedaran domain maritim bagi memastikan rakyat maklum mengenai wilayah dituntut negara.

Mohamed Khaled turut berharap semasa Kepengerusian ASEAN, kemajuan yang signifikan dapat dicapai dalam memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan bagi memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Beliau berkata, walaupun sudah menjadi negara rakan kongsi dalam BRICS, Malaysia tidak akan meninggalkan rakan dagangnya seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan lain-lain.

Menurut beliau, penyertaan dalam BRICS memberi Malaysia akses kepada pasaran lebih besar dan sedang berkembang kerana pakatan itu mewakili 45 peratus populasi dunia dan 28 peratus ekonomi global.

"Kita tidak mengabaikan dagangan dan urus niaga berasaskan dolar. Kita tidak ubah apa-apa," katanya. – BERNAMA


Sumber – Berita Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 10-1-2025 10:39 PM
Edited by nusaraya at 10-1-2025 11:31 PM

Wooow ... Ternyata ada "Agenda"  tersembunyi yang nak dituju atau dicapai  oleh Malaydesh saat masih menjabat "Ketua ASEAN" di tahun 2025 .. yaitu mewujudkan mimpi besar mereka menjadikan "BAHASA MELAYU"  sebagai Bahasa Resmi ke dua ASEAN dengan dalih bahwaBahasa Melayu dituturkan oleh 300 juta orang ...

Apakah  akan "Berhasil" ... Marilah kita lihat nanti realisasinya di akhir tahun 2025 nanti ...


[youtube]JP8ednxc7O4[/youtube]


[youtube]3E-NGXCIDEQ[/youtube]










Quote Dwdrum 10-1-2025 11:20 PM
Edited by Dwdrum at 10-1-2025 07:28 AM

Central afrika and sudan... Blood gold. free flow ke negara BRICS....white slavs and erebs plundering black aprikan...

Reason menggelupur in case kena sanction yea?
Quote nusaraya 11-1-2025 12:19 AM
Dwdrum replied at 10-1-2025 11:20 PM
Central afrika and sudan... Blood gold. free flow ke negara BRICS....white slavs and erebs plunderin ...

Mereka bukanlah anggota BRICS   bahkan bukan juga Partner  BRICS seperti halnya MalayDesh ..
Quote Dwdrum 11-1-2025 02:40 AM
Edited by Dwdrum at 10-1-2025 11:25 AM
nusaraya replied at 10-1-2025 08:19 AM
Mereka bukanlah anggota BRICS   bahkan bukan juga Partner  BRICS seperti halnya MalayDesh ..:lovel ...


Aku maksud kan UAE... Russia..and china (guna in term investment) .. Lebih baik china focus di asean region dari geletis and semak join russia di Arctic.... The rest desperate untuk economy... Diam pula humanity issue di aprica... Sedang kan sembang babi boleh terbang... Ter paling champion humanity issue...
Quote nusaraya 11-1-2025 09:28 AM
Edited by nusaraya at 11-1-2025 09:31 AM
Dwdrum replied at 11-1-2025 02:40 AM
Aku maksud kan UAE... Russia..and china (guna in term investment) .. Lebih baik china focus di ase ...

Belajarlah masalah "GeoplotiikDunia"  yang terjadi akhir-akhir ini.. pasti anda akan memahami  mengapa semua itu terjadi ...

Sejujurnya MalayDesh adalah "Negara Kecil"  yang X punya pengaruh apa-apa di dunia .. tetapi sayangnya selalu merasa dirinya "Maha Besar dan Maha Hebat"  atau merasa "Terpaling"  dalam segala hal dan menyebabkan MalayDesh selalu bersikap "Sombong dan Arogan" kepada negara lain atas dasar "Keyakinan dan Percaya Diri atas Status Palsu"  yang anda yakini selama ini ... Makanya negara anda sering disebut sebagai "Negara Waham" ...


Quote Dwdrum 12-1-2025 05:07 AM
nusaraya replied at 10-1-2025 05:28 PM
Belajarlah masalah "GeoplotiikDunia"  yang terjadi akhir-akhir ini.. pasti anda akan memahami  meng ...

Posting ko no 4... No different if ko branding malaysia macam macam... Cuba membongak dengan full pledge membership... Birds of a feather flock together
Quote Decaffeinated 12-1-2025 01:13 PM
Ajar rakyat sendiri dulu (yang majoriti tu) untuk memahami dan menerima hakikat ini.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.041991 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top