CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pukul Razman Razmi, Aqo Imran berdepan hukuman penjara 10 tahun

10-1-2025 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8096| Komen: 12|Original author: Raline

 


Jurugambar Muhamad Imran Khairil mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen dalam sebuah acara anugerah usahawan di sebuah hotel pada malam Rabu lalu.

Imran atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran, 30, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Azmi Abdul Rahman, 46 dan Raziman Din, 53, menggunakan kamera sebagai senjata.

Kedua-dua individu itu lebih dikenali dengan panggilan Rizman dan Razmi dalam industri fesyen dan hiburan.

Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

“Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah,” katanya ketika membuat pengakuan di hadapan majistret pada Jumaat.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Farah Azura mengarahkan tertuduh membayar wang jaminan masing-masing sebanyak RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Jika sabit bersalah, jurugambar fesyen dan hiburan itu boleh dipenjara selama 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

RR 2.PNG


Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari 2025.

Sementara itu, Imran kelihatan tenang sebaik sahaja keluar daripada dewan mahkamah untuk proses ikat jamin.

Sambil diiringi polis dan peguam, jurugambar itu melafazkan istighfar apabila melihat beberapa rakannya termasuk pelakon Harris Annuar hadir memberi sokongan moral.

Pada malam Rabu, Razman dan Razmi secara tiba-tiba diserang jurugambar berkenaan sehingga mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul dengan kamera miliknya.

Pasangan duo pereka fesyen itu kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan suspek ditahan pihak berkuasa.

Razman memberitahu dia mengenali jurugambar yang menyerang mereka selain mengaku ada berhutang sebanyak RM20,000 berkaitan penjualan sebuah kereta pada 2019.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 10-1-2025 01:11 PM
Edited by cantthinkofany at 10-1-2025 01:13 PM

2019 kalau duit tu simpan dalam tabung haji...orang tu mungkin dah dapat gi haji...kalau simpan kat ASB....dah boleh dapat banyak keuntungan.....buat modal meniaga....mcm boleh buat weiii....so ko rasa orang tu wajar ke masuk penjara kerana ko tak nak bayar hutang?.....atau soalan lain....wajar tak ko kena hempuk???...
Quote Acik2kepam 10-1-2025 01:12 PM
Tak sorok2 pun muka dia tau job photog so amik laaa hahaha
Harap gambar2 mlm tu yg masih dlm kamera masih elok lagi
Quote sharlenetexas 10-1-2025 01:27 PM
Sib baik filler tak meletop. Tu kalau ada filler lah.


Quote laksmanabentan 10-1-2025 07:11 PM
pic 1: dahi, pipi lain mcm jer... hidung awatnya bengkak camtu... bibir tu emmm mcm belon sikit

pic 2: nampak natural tapi dagu tu mcm panjang jer..
Quote sukacactus 10-1-2025 09:22 PM
No wonder mulut gitu, kwn vida rupanya
Quote LadyCarefree 10-1-2025 09:22 PM
cantthinkofany replied at 10-1-2025 12:11 PM
2019 kalau duit tu simpan dalam tabung haji...orang tu mungkin dah dapat gi haji...kalau simpan kat  ...

20k je lah. Bukannya 200k.
Quote fazamania 12-1-2025 09:06 PM
buruk muka yg kena pukul tu.
Quote annadonna 12-1-2025 09:16 PM
Kita paham je sakit hatinya tu tapi silapnya dia serang fizikal dan ada bukti depan ramai org. Susah nak dibuktikan tidak bersalah. While pondan duo tu mmg kaw kaw lah berganding bahu menyaman guna ayat bombastik. Silap silap aqo bayar lebih drpd hutang yg dia nak tagih. Zaman skrg ni nak revenge pun kena hati hati jgn libatkan undang undang.
Quote MissVixen 12-1-2025 10:54 PM
Apa2 tak puas hati, jangan sesekali libatkan fizikal. Kalau dah nekad nak balas dendam dan masuk neraka, pakai mak esah je.
Quote Kiahlemau 13-1-2025 12:26 AM
Gelinya ..itu bibir ke selipar
Quote DeluluMelulu 13-1-2025 01:26 AM
Yang memukul tu tengah Roid Rage ke? Nampak main gym. Yang aku tau, kalau yang main gym ni akan rasa baran je kalau efek Roid
Quote tukul 13-1-2025 02:13 AM
Laki sapo la ni ekor ni..teruk benor..ke takde bini

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.636927 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top